Tabung Ehsan Warga PPUKM

Tabung ini berfungsi membantu meringankan beban dan memberi faedah kepada aspek kebajikan sebagai satu usaha meringankan beban untuk kesejahteraan kakitangan Pusat Perubatan UKM (Fakulti Perubatan dan HCTM). Faedah ini layak untuk kakitangan Fakulti Perubatan dan HCTM yang berstatus tetap dan kontrak sahaja.

Antara faedah-faedah melalui penubuhan tabung ini ialah:-

  1. Khairat Kematian
  2. Bencana Alam
  3. Bencana Kesihatan (kanser, strok, sakit buah pinggang sahaja)
  4. Bantuan Wang Kecemasan
  5. Kakitangan Masuk Wad