PEMAKLUMAN PERTUKARAN NO STANDBY HP BANTUAN SOKONGAN PENGGUNA, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI LUAR WAKTU PEJABAT | 019-293 4521 & 019-291 2583

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dato’ Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PERTUKARAN NO STANDBY HP BANTUAN SOKONGAN PENGGUNA, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI LUAR WAKTU PEJABAT | 019-293 4521 & 019-291 2583

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa, perkhidmatan bantuan sokongan pengguna Outsource (Syarikat NE) pada keseluruhan di PPUKM telah berakhir pada 31 Oktober 2016. Pihak JTM telah mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bantuan sokongan pengguna bermula 1 November 2016.

Sehubungan itu, kami baru menerima talian telefon mudah alih yang diperuntukan oleh PPUKM untuk memudahkan kerja-kerja perkhidmatan bantuan sokongan pengguna ini di luar waktu pejabat. Pemakluman nombor HP sebelum ini iaitu 

019-256 9611 TIDAK LAGI DIGUNAKAN dan ditukar ke no HP standby JTM yang baru di talian 019-293 4521 atau 019-291 2583. Penggunaan nombor ini berkuatkuasa serta merta, bermula pada hari ini, 21 Disember 2016.

Walau bagaimanapun YBhg.Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi perkhidmatan Helpdesk Jabatan Teknologi Maklumat di talian 5300/5301 atau secara atas talian di https://aduanit.ppukm.ukm.my seperti biasa sekiranya terdapat sebarang aduan atau bantuan perkhidmatan yang diperlukan sepanjang waktu pejabat.

Kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Teknologi Maklumat

Hospital Canselor Taunku Muhriz

Pusat Perubatan UKM