Biro-biro & Fungsi

Senarai Tugas Biro-Biro Kelab Sukan Dan Kebajikan

A.   Biro Sukan & Rekreasi

    • Menganjurkan pertandingan bowling antara kakitangan JTM.
    • Mengadakan perlawanan persahabatan futsal dan bowling dengan organisasi lain.
    • Mengadakan latihan futsal secara berkala.
    • Mengadakan latihan badminton secara berkala.
    • Mengadakan aktiviti riadah sukan secara berkala.

  

                   B.   Biro Keraian & Pantry

    • Menguruskan majlis sambutan ulangtahun kelahiran kakitangan sesi Januari – Mac, April – Jun dan sesi Julai – Disember.
    • Menguruskan Majlis Sambutan Aidilfitri JTM.
    • Membantu persediaan Hari Keluarga serta hadiah Hari Keluarga JTM.
    • Menyediakan hadiah bagi sambutan ulangtahun kelahiran dan cenderamata bagi Mesyuarat Agong KSK, JTM.
    • Mengadakan majlis perpisahan kakitangan atau pelajar praktikal yang menamatkan tugas.
    • Membeli barangan keperluan pantry yang kehabisan stok berdasarkan jumlah yang diterima daripada bendahari KSKJTM & Vendor.
    • Menganjurkan beberapa jamuan makan & potluck bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga JTM.
    • Bekerjasama dengan Biro Keraian bagi menjayakan sebarang aktiviti yang melibatkan jamuan.
    • Sedia bekerjasama dengan kakitangan JTM yang ingin mengadakan jamuan secara perseorangan mahupun secara berkongsi dengan menguruskan perjalanan majlis.

                   C.  Biro Informasi & Multimedia

    • Menyediakan kad ucapan hari lahir pada semua kakitangan JTM.
    • Menyediakan kad ucapan hari raya kepada semua kakitangan JTM.
    • Membantu persediaan Hari Keluarga JTM.
    • Mengemaskini informasi KSK pada laman sesawang JTM.

 

   D.  Biro Kerohanian & Kebajikan

 

    • Menyediakan cenderahati kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan, menyambut cahaya mata pertama, kematian kakitangan  atau ahli keluarga terdekat, meningggalkan perkhidmatan dan menerima musibah atau sakit.
    • Menguruskan program majlis berbuka puasa, solat tarawih dan solat hajat.
    • Menguruskan program ilmiah, ceramah atau tazkirah.
 
                   E.  Biro Perolehan & Kewangan
    • Membuat kutipan yuran daripada kakitangan mengikut wakil zon yang telah dilantik.
    • Menyediakan laporan tahunan kewangan kelab.
    • Mengagihkan perbelanjaan kepada setiap biro pada setiap bulan.