Fungsi JTM

  • Menjadi penasihat berkenaan teknologi maklumat kepada jabatan-jabatan di bawah PPUKM.
  • Menyediakan infrastruktur teknologi maklumat di PPUKM.
  • Menjalankan operasi pemprosesan aplikasi pengguna mengikut keperluan penggunaannya.
  • Merancang dan mengurus peralatan komputer PPUKM supaya memenuhi keperluan pengguna dan dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.
  • Merancang dan mengurus rangkaian kampus PPUKM.
  • Merancang dan melaksanakan program pengkomputeran aplikasi sokongan.
  • Menyediakan khidmat rundingan kepada pengguna-pengguna komputer di PPUKM.
  • Merancang dan menguruskan program latihan penggunaan perkakasan dan perisian komputer.
  • Menyediakan dan menyelenggara perkhidmatan-perkhidmatan rangkaian seperti e-mail, laman sesawang, sidang video, dan server pemindahan fail.
  • Mengurus laman sesawang PPUKM (melalui INTERNET) untuk menyebarkan maklumat pengurusan universiti.