Memperbaharui Lesen DBvisit Selama 1 Tahun Bagi Tempoh 30 Disember 2017 hingga 29 Disember 2018 Untuk Kegunaan Replikasi Dalam Pelan Bencana Sistem C-HEtS di Pusat Perubatan UKM

Memperbaharui Lesen DBvisit  Selama 1 Tahun Bagi Tempoh 30 Disember 2016 hingga 29 Disember 2017 Untuk Kegunaan Replikasi Dalam Pelan Bencana Sistem C-HEtS di Pusat Perubatan UKM

 

Adalah dimaklumkan Jabatan Teknologi Maklumat PPUKM menawarkan kerja-kerja pembekalan peralatan/perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Maklumat pembekalan di bawah.  Semua pembekal yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai dengan mengemukakan sebutharga (quotation) ditujukan kepada:

 

Pn. Fazilah Maarof

Unit Pangkalan Data & Sistem

Jabatan Teknologi Maklumat

Pusat Perubatan UKM

 

Sebutharga hendaklah dikemukakan dalam format pdf dan hendaklah dihantar melalui email ke upds.quote@ppukm.ukm.edu.my selewat-lewatnya pada  20 Julai  2017. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03 9145 5311.

 

* Sila ambil perhatian bahawa tempoh sah laku sebutharga yang dikemukakan hendaklah tidak kurang daripada 3 bulan dari tarikh dokumen sebutharga. Kegagalan mematuhi syarat ini akan memungkinkan sebutharga anda tidak dipertimbangkan.

 

MAKLUMAT PEMBEKALAN:

(1) Dbvisit Customer Number: 662688

(2) Dbvisit Certificate No: DBV18592-16

(3) Tempoh : 1 Tahun (30-Dec-2017 hingga 29-Dec-2018)