Pencapaian & Pensijilan 5S

APA ITU 5S?

SISIH – SEIRI – SORT

Menyisih dan membuang barangan yang tidak diperlukan lagi di tempat kerja secara sistematik

SUSUN – SEITON – SET IN ORDER

Menyusun barangan yang diperlukan dengan teratur, kemas dan sistematik supaya ianya mudah diambil dan disimpan di tempatnya

SAPU – SEISO – SHINE

Membersihkan dan memeriksa tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk atau kotoran di lantai, mesin dan peralatan

SERAGAM – SEIKETSU – STANDARDISE

Mengekalkan keseragaman pengurusan tempat kerja yang baik dengan memastikan barangan bersih dan teratur pada setiap masa

SENTIASA AMAL – SHITSUKE – SUSTAIN

Melatih kakitangan untuk mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dan mengamalkan sistem 5S secara berterusan dan membentuk satu budaya dalam organisasi

 

POLISI PROGRAM AMALAN 5S PPUKM

Kami sentiasa mengamalkan budaya kerja 5s yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan secara berterusan melalui gerak kerja berpasukan demi memenuhi kepuasan pelanggan

OBJEKTIF PROGRAM AMALAN 5S PPUKM

1. Mewujudkan persekitaran kerja kelas pertama yang bersih, selamat dan sistematik

2. Menghasilkan kualiti kerja, perkhidmatan dan produk yang tinggi

3. Membentuk disiplin kakitangan dan membina semangat kerja berpasukan

4. Menyokong Sistem Pengurusan Kualiti

5. Meningkatkan produktiviti

6. Mengurangkan pembaziran

Pelaksanaan Program Amalan 5S PPUKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan HUKM pada 04 September 2006. Jawatankuasa Program Amalan 5S PPUKM telah ditubuhkan pada 28 November 2006 yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kualiti & Khidmat Pelanggan pada ketika itu. Jawatankuasa ini telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau Program Amalan 5S PPUKM.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah dilantik sebagai perunding Amalan 5S pada 29 November 2006 dan melalui pelantikan ini, PPUKM berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) daripada MPC.

Program Amalan 5S PPUKM dijalankan secara berperingkat iaitu fasa 1, 2 dan 3. Jabatan Teknologi Maklumat  (JTM) adalah termasuk pada Fasa 2 dan Taklimat Kesedaran Amalan 5S Fasa Kedua telah diadakan pada 5 Jun 2008 di Auditorium PPUKM.

Bagi memudahkan pengawasan dan pemantauan kebersihan serta kekemasan di JTM, ianya telah dibahagikan kepada 7 zon iaitu  :

1. Zon Yellow Tube

2. Zon Apache

3. Zon Don’t Panic

4. Zon MyGreenOS.com

5. Zon Pink

6. Zon Orange Solution

7.Zon Blue Worm

Secara umumnya aktiviti 5S yang diamalkan di peringkat JTM adalah mesyuarat antara ahli zon dan gotong-royong bagi mengekalkan kebersihan disamping menceriakan kawasan zon yang terlibat. Fasilitator dan Auditor jabatan akan memberi maklumat terkini melalui email kepada ketua-ketua zon dan juga kakitangan JTM