Unit Aplikasi Klinikal

Matlamat :

A.    Membangunkan dan menyelenggara sistem aplikasi kinikal.
B.    Melaksanakan permohonan perubahan besar terhadap modul sedia ada.
C.    Menyelesaikan aduan dalam tempoh yang ditetapkan.
D.    Mengemaskini aplikasi klinikal dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi keperluan teknologi semasa
berdasarkan kajian oleh Unit Apliaksi Sokongan dan Penyelenggaraan.

Fungsi :

●    Menyokong perkhidmatan hospital dengan membangunkan sistem aplikasi hospital secara in-house.
●    Mengemaskini dan menyelenggara aplikasi yang telah dibangunkan mengikut keperluan pengguna.
●    Membuat penyelidikan dan explorasi alatan pembangunan bagi memastikan penambah baikan berterusan kepada aplikasi
yang dibangunkan.

●    Memastikan aduan berkaitan sistem apliaksi yang dibangunkan diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan Disediakan :

1) Membangunkan aplikasi-aplikasi klinikal seperti berikut :

 

Bil. Nama Sistem Tujuan & Objektif Urusetia Sistem
Caring Hospital Enterprise System (C-HEtS)http://his.hukm.ukm.my
1.0 Patient Management
1.1 Registration & ED Mendaftarkan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital. Ia juga merangkumi pendaftaran bayi yang dilahirkan di PPUKM dan pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Jabatan Khidmat Pelanggan
1.2 Appointment Scheduling Menerima maklumat temujanji pesakit, penyediaan slot temu janji dan status klinik/slot serta merekod setiap kehadiran pesakit ke PPUKM. Jabatan Khidmat Pelanggan
1.3 Admission, Transfer & Discharge Menguruskan tempahan katil, kemasukan, pindahan dan discaj pesakit dari wad Jabatan Pengurusan Kejururawatan
1.4 Operating Theatre Scheduling Menerima maklumat tempahan dewan  pembedahan oleh doktor, menyelaras dan menyelenggara jadual  pembedahan di dewan bedah utama, obstetrik & ginekologi dan Jabatan Perubatan Kecemasan J/Kuasa Dewan Bedah
1.5 Medical Record Menerima maklumat pergerakan fail pesakit dan permohonan fail pesakit untuk tujuan penyelidikan dan sebagainya oleh warga PPUKM Jabatan Maklumat Kesihatan
1.6 User Profile Menguruskan profil pengguna untuk mencapai sistem C-HEtS Jabatan Teknologi Maklumat
1.7 Executive Report Statistik laporan maklumat hospital. Jabatan Maklumat Kesihatan
2.0 Request Entry
2.1 Endoscopy Procedure Request Berfungsi untuk Pegawai Perubatan membuat permohonan bagi prosedur yang terdapat di Pusat Endoskopi dan melihat laporan pesakit. Pusat Endoskopi
2.2 Rehabilitation Request Berfungsi memberi kemudahan kepada Pegawai Perubatan untuk membuat permohonan  bagi pesakit yang perlu dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dan  melihat semula hasil penilaian laporan bagi pesakit yang dirujuk. Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
2.3 Medical Social Work Request Berfungsi untuk permohonan bantuan pesakit Jabatan Kerja Sosial Perubatan
2.4 Dietetic Request Membolehkan Pegawai Perubatan membuat permohonan untuk pesakit yang memerlukan perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian  makanan Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan
2.5 Nursing Request Berfungsi untuk Pegawai Perubatan membuat permohonan pendidikan diabetic, Homecare dan Stoma Jabatan Pengurusan Kejururawatan
3.0 CLINICAL INFORMATION SYSTEM (CIS)/ ELECTRONIC MEDICAL RECORD (EMR)
3.1 Hearing Screening Management Berfungsi merekod data-data ujian saringan pendengaran bagi bayi dan menjana statistik yang berkaitan Pasukan Saringan Pendengaran PPUKM (Jab ENT, Rehab, Nursing & JTM)
3.2 EMR – Pengurusan Implan Koklear Berfungsi untuk mengendalikan proses penilaian (ENT, Audiology, Speech) dan pengurusan pembedahan implan koklear Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
3.3 EMR – Klinik Warga Satu sistem aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan di Poliklinikik Warga. Ia berfungsi sebagai pangkalan data pesakit (kakitangan PPUKM) dari segi biodata peribadi, sejarah kesihatan dan rawatan di Poliklinik Warga serta tanggungan mereka  yang layak. Poliklinikik Warga
3.4 EMR Psikiatri Komuniti Berfungsi untuk menyimpan dan merekodkan aktiviti dan perawatan yang diberikan kepada pesakit di Unit Psikiatri Komuniti & Intervensi Psikososial (UPKIP) Unit Psikiatri Komuniti & Intervensi Psikososial (UPKIP)
4.0 SOKONGAN KLINIKAL
4.1 Customer Feedback Menguruskan maklum balas dan aduan yang diterima oleh pelanggan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPUKM Jabatan Khidmat Pelanggan
4.2 Sistem Vaksin & Pengambilan Darah Satu sistem aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan Unit Kawalan Infeksi supaya dapat merekodkan pemberian dan penjadualan vaksinasi serta pengujian darah. Unit Kawalan Infeksi
4.3 Nursing Management Satu sistem aplikasi yang dibangunkan untuk merekodkan pengunaan katil di dalam wad serta merekodkan Laporan Kejururawatan. Jabatan Pengurusan Kejururawatan
4.4 Sekolah Dalam Hospitalhttp://sdh.ppukm.ukm.my Menguruskan kemasukan pelajar berumur 4-18 tahun yang layak bersekolah tetapi dalam tempoh rawatan di hospital. Jabatan Pediatrik dan Sekolah Dalam Hospital