Unit Perkhidmatan ICT

MATLAMAT

Menyediakan kemudahan peralatan komputer kepada para pelanggan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran serta pengurusan di PPUKM.

FUNGSI

  1. Menguruskan permohonan pembelian/sewaan perkakasan dan perisian komputer.
  2. Mengurus dan menyelenggara inventori/aset peralatan komputer.
  3. Menguruskan penyelenggaraan tahunan aplikasi-aplikasi yang disediakan oleh pihak pembekal.
  4. Memantau prestasi pembekal bagi aplikasi-aplikasi yang disediakan mengikut kontrak.
  5. Menguruskan pinjaman peralatan ICT dan tempahan makmal bagi kegunaan para pelanggan.

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN:

  1. Menerima dan menguruskan tempahan makmal komputer bagi tujuan pembelajaran menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Ruang (SMPR).
  2. Menerima dan menguruskan tempahan pinjaman peralatan ICT seperti komputer riba dan projektor LCD untuk tujuan rasmi.
  3. Menerima dan menguruskan permohonan peralatan ICT seperti komputer peribadi dan pencetak serta membuat agihan berdasarkan kelulusan dan ketersediaan stok.
  4. Menyediakan dokumen syor lupus bagi permohonan pelupusan peralatan komputer yang diterima daripada jabatan pengguna.
  5. Menguruskan aktiviti sumbangan peralatan ICT berdasarkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pelupusan Aset & Inventori PPUKM.