Unit Aplikasi Sokongan Dan Penyelenggaraan

Matlamat :
A.    Membangunkan dan menyelenggara sistem aplikasi sokongan
B.    Membuat ekplorasi dan penyelidikan bagi memastikan platform dan alatan pembangunan mengikut perkembangan teknologi.
C.    Memastikan integrasi dan interfacing antara sistem aplikasi dilaksanakan dan berfungsi dengan baik.
D.    Membuat penyelenggaraan kecil bagi aplikasi-apliaksi yang telah dibangunkan.
E.    Menyelesaikan aduan dalam tempoh yang ditetapkan.

Fungsi :
●    Menyokong perkhidmatan hospital dengan membangunkan sistem aplikasi hospital secara in-house.
●    Mengemaskini dan menyelenggara aplikasi yang telah dibangunkan mengikut keperluan pengguna.
●    Membuat penyelidikan dan explorasi alatan pembangunan bagi memastikan penambah baikan berterusan kepada aplikasi yang dibangunkan.
●    Memastikan aduan berkaitan sistem apliaksi yang dibangunkan diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan Disediakan :
1) Membangunkan aplikasi-aplikasi seperti berikut :

Bil. Nama Sistem Tujuan & Objektif Urusetia Sistem
1.1 Sistem Personel Profesional Development (ePPD)http://eppd.ppukm.ukm.my Matlamat projek adalah untuk membangunkan sistem penilaian PPD atas talian dalam pelaksanaan kurikulum Fakulti Perubatan. Jabatan Pendidikan Perubatan
1.2 Sistem Maklumat Rondaan Keselamatan (SMRK)http://smrk.ppukm.ukm.my Memudahkan proses pemantauan dan pelaporan rondaan ke wad-wad dilakukan secara atas talian. Jabatan Keselamatan
1.3 Sistem Outsource Tracking(OTR)http://otr.ppukm.ukm.my
  1. Membangunkan sistem yang dapat membantu pihak keselamatan dalam mengawal keluar masuk pekerja ‘Outsource’ di PPUKM.
    ii. Merekodkan waktu keluar masuk pekerja ‘Outsource’ secara lebih sistematik bagi memudahkan proses pemantauan.
    iii. Membantu mengurangkan masalah keselamatan yang dihadapi di PPUKM

 

Jabatan Keselamatan
1.4 Sistem Pengurusan Latihan Industri (e-LIK)http://elik.ppukm.ukm.my Memudahkan proses permohonan latihan industri bagi pelajar-pelajar  dari institusi luar untuk memohon melakukan latihan industri di PPUKM. Unit Latihan, Jabatan Sumber Manusia
1.5 Sistem Rekod Panggilan Keluar & Masuk (e-TEL)http://etel.ppukm.ukm.my Sistem ini merangkumi proses kemasukan data rekod panggilan keluar dan masuk.
Pencarian untuk panggilan keluar.
Laporan panggilan keluar dan masuk.
Unit Telefonis, Jabatan Khidmat Pelanggan
1.6 Sistem Pengurusan Linen & Laundri (SPELL)http://elaundri.ppukm.ukm.my/ Memudahkan proses pengiraan, penghantaran dan kutipan linen di lokasi dilakukan secara atas talian untuk menjimatkan masa dan tenaga serta lebih produktif. Jabatan Pentadbiran Am
1.7 Sistem Unit Tindakan Kerja Malbathttp://emalbat.ppukm.ukm.my Memudahkan pengurusan dokumen permohonan, pemindahan dan pemantauan barang-barang di bawah seliaan Unit Tindakan Kerja. Jabatan Pentadbiran Am
1.8 ROSSA (ROBO Smart Streaming Assistant) Sistem ROSSA merupakan sistem yang berintegrasi dengan mesin pencetak ROBO. Sistem ini bertujuan untuk mendapatkan sampel dan jenis ujian yang akan digunakan berdasarkan makmal mengikut botol sampel yang terdapat dalam mesin ROBO. Mesin ROBO akan keluarkan botol untuk sampel  tersebut dan maklumat pesakit terus dicetak dan ditampal pada botol sampel. Pusat Pengambilan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
1.9 Credentialing and Medical Privileges System Sistem Credentialing berfungsi untuk membuat permohonan dan menyemak status permohonan bagi menetapkan keperluan (standard) dan membuat evaluasi terhadap kelayakan seseorang dalam bidang atau prosedur. Ianya merupakan pengiktirafan terhadap kelulusan dan latihan professional yang telah dilalui oleh seseorang pengamal perubatan. Selain itu, memudahkan ahli jawatankuasa menjana maklumat lengkap untuk penilaian dan proses pembuatan keputusan serta pelaporan. Ahli Jawatan kuasa Credential
1.10 Human Resource Feedback Management (HR.FM) JSMhttp://hrfm.ppukm.ukm.my/ Sistem ini berfungsi untuk merekod maklumbalas (aduan / pertanyaan /cadangan / penghargaan) ke dalam sistem. Selain itu, sistem ini juga boleh mengagihkan kerja kepada kakitangan dan  pemantauan serta penyeliaan daripada pengurusan kepada kakitangan bagi membolehkan kakitangan yang membuat maklumbalas menyemak status yang terkini. Jabatan Sumber Manusia PPUKM
1.11 Sistem Permohonan Perkhidmatan JMPhttp://jmponline.ppukm.ukm.my Membangunkan satu sistem aplikasi bagi memudahkan pengurusan dokumen permohonan perkhidmatan JMP untuk lima unit iaitu Unit Audio Visual, Unit Penyiaran, Unit Fotografi, Unit Grafik dan Unit Percetakan Jabatan Multimedia dan Penyiaran
1.12 Sistem Permohonan Aplikasi JKTU Membangunkan sebuah sistem aplikasi untuk Sekretariat JKTU (Jabatan Farmasi PPUKM) dalam menguruskan proses permohonan ubat baru daripada pakar perunding dan pengumpulan maklumat penilaian 1st tier review untuk ubat-ubatan baru Jabatan Farmasi
1.13 Sistem Aduan JTM (PEMS)https://aduanit.ppukm.ukm.my/ Proses merekod aduan pengguna berkenaan semua perkhidmatan yang disediakan oleh JTM dan proses merekod aliran kerja aduan. Jabatan Teknologi Maklumat
1.14 Sistem Rekod Tugasan JTM (I-flow)https://iflow.ppukm.ukm.my/ Merekod proses aliran log agihan tugasan dari pelbagai peringkat kakitangan serta menyediakan laporan/status  tugasan dilakukan. Jabatan Teknologi Maklumat
1.15 Sistem Permohonan Aplikasi (Apps)https://apps.ppukm.ukm.my/ Permohonan untuk membangunkan aplikasi baru serta penambahbaikan system yang telah dibangunkan. Jabatan Teknologi Maklumat
1.16 Sistem Surat Keluar Masuk (SSKM) Sistem menyimpan Maklumat surat keluar masuk bagi jabatan. Jabatan Teknologi Maklumat
1.17 Sistem JTM Online Merekod permohonan perkhidmatan seksyen Infra JTM PPUKM. Jabatan Teknologi Maklumat