Unit Perkhidmatan Helpdesk

OBJEKTIF
Memastikan aduan teknologi maklumat yang diklasifikasikan tahap 1 diambil tindakan penyelesaian dalam tempoh 1 jam.

MATLAMAT
Menyediakan prasarana ICT dan bantuan teknikal untuk menyokong pembelajaran, pengajaran dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan kepada semua pengguna.

FUNGSI
1.Menyediakan khidmat rundingan ICT kepada pengguna-pengguna di PPUKM
2.Menyediakan bantuan sokongan teknikal kepada pengguna-pengguna di PPUKM
3.Memastikan aduan teknologi maklumat yang diklasifikasikan tahap 1 mencapai 98% penyelesaian dalam tempoh 1 jam setiap bulan

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN:
1.Menerima dan menyelesaikan aduan pengguna berkaitan dengan ICT melalui telefon dan atas talian. (http://aduanit.ppukm.ukm.my)
2.Menyelenggara peralatan dan perisian ICT yang dibekalkan
3.Membuat instalasi aplikasi semua sistem maklumat hospital dan sistem maklumat universiti
4.Memastikan 90% proses baikpulih dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan
5.Menyokong konfigurasi dan instalasi aplikasi SMU, sokongan pentadbiran dan klinikal
6.Pemasangan lesen perisian
7.Menguruskan segala aduan dan permasalahan berkaitan semua aplikasi hospital dan aplikasi sokongan.
8.Menguruskan segala aduan berkaitan perkakasan ICT di PPUKM
9.Merancang dan mengurus peralatan komputer PPUKM supaya memenuhi keperluan pengguna dan dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.
10.Menguruskan dan memantau perisian dan aplikasi yang digunakan di jabatan-jabatan

WAKTU KERJA DAN JADUAL STANDBY

1. Waktu bekerja kakitangan:
a. 7.30 pagi – 4.30 petang
b. 8.00 pagi – 5.00 petang
c. 8.30 pagi – 5.30 petang

2. Waktu Operasi Kaunter & Helpdesk

Hari Isnin – Hari Khamis:
Kaunter Buka: 8.00 pagi – 1.00 petang
Rehat: 1.00 tgh hari – 2.00 petang (TUTUP)
Kaunter Buka: 2.00 petang – 6.00 petang

Hari Jumaat:
Kaunter Buka: 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
Rehat: 12.15 tgh hari – 2.45 petang (TUTUP)
Kaunter Buka: 2.45 petang – 6.00 petang
Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP

3. Waktu bekerja lebih masa (on site standby)
(Isnin – Jumaat) pada pukul 5.30 petang – 8.00 malam (2 kakitangan)

4. Waktu Kerja Kakitangan Standby Malam (ON CALL)
a.Hari Isnin – Hari Jumaat: Bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 7.30 pagi (esoknya) Standby (2 kakitangan)
b.Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Standby (2 kakitangan)