Unit Rangkaian & Komunikasi

MATLAMAT

Menyelia kemudahan teknologi rangkaian wayar dan tanpa wayar yang terkini dan berkapasiti tinggi untuk menampung keperluan dan kepuasan pengguna di PPUKM.

FUNGSI

Menguruskan operasi rangkaian komputer di PPUKM supaya sentiasa di dalam keadaan baik untuk dinikmati oleh warga PPUKM.

Memastikan tidak berlaku pencerobohan komputer oleh para penggodam (hackers) dari luar dan dalam PPUKM dan serangan virus komputer.

Menyediakan, menyelenggara dan memantau prasarana rangkaian di PPUKM berjalan dengan baik dan lancar

Merancang rekabentuk rangkaian PPUKM untuk kegunaan masa kini dan akan datang.

Menyelenggara, memantau dan menyediakan prasana rangkaian tanpa wayar (wifi) di dalam ruang lingkup PPUKM

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


1. Menguruskan permohonan talian rangkaian, Internet, wifi dan IP Address.

2. Menyediakan bantuan teknikal jika berlaku kesulitan atau kerosakan rangkaian komputer di sesuatu bahagian atau tempat di sekitar PPUKM.

3. Menyediakan prasarana keselamatan komputer dan memantau serta menapis rangkaian komputer PPUKM dari serangan penceroboh luar dan dalam PPUKM itu sendiri.

4. Menyediakan perkhidmatan sidang video untuk mesyuarat, pembelajaran dan juga penyelidikan khas untuk warga PPUKM.