Kemudahan

Kemudahan salinan fotostat

Salinan fotostat disediakan di Kedia Buku UniKeb bagi kemudahan pelanggan dan pesakit di PPUKM

Sukan dan RekreasiPihak pengurusan dan pentadbiran memandang berat akan keperluan riadah dan rekreasi amat setiap kakitangan dan telah menyediakan kemudahan SUKMARIA untuk tujuan senaman gym dan karaoke. Gelanggang tennis turut disediakan untuk aktiviti
riadah
KeselamatanPos-pos keselamatan didirikan disetiap pintu masuk, klinik dan wad bagi memastikan keselamatan pesakit dan kakitangan bertugas. Sebarang kes atau masalah keselamatan boleh dirujuk terus kepada pihak keselamatan sebelum tindakan lanjut diambil. Rumah perantaraan/penginapanRumah perantaraan Sri Labuan dan Rumah Mc Donald dengan kadar bayaran minima disediakan kepada mereka yang memohon dengan motif meringankan bebanan ahli keluarga pesakit dari luar Lembah Klang yang berulang alik menjaga rawat pesakit di PPUKM. Pertanyaan lanjut boleh rujuk Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
Kemudahan perbankan/ATMMesin ATM CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank diletakkan di lobi pelawat dan di aras bawah Lobi Kompleks pendidikan bagi memudahkan kakitangan, pesakit dan pelawat menjalankan transaksi perbankan di dalam kawasan PPUKM. Kafeteria Kafeteria dibuka di dua buah lokasi strategik tumpuan semua pihak yang berurusan di PPUKM, salah satunya terletak di Blok Klinikal, manakala satu lagi ialah berhadapan Blok Pendidikan. Alat Tulis dan Kedai BukuPelbagai buku, majalah akhbar dan peralatan tulis boleh diperolehi di Kedai Buku UniKeb KoperasiKoperasi Universiti (UniKeb) menjual pelbagai barangan runcit bagi kemudahan kakitangan dan pelawat.
Pejabat PosPenubuhan pejabat pos mini di lobi pelawat. Urusan surat menyurat boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari kawasan PPUKM. SurauOrang ramai yang berkunjung ke PPUKM boleh mengerjakan ibadah solat dengan kemudahan Surau Ibnu Sina yang disediakan di tingkat satu blok klinikal. Tempat Meletak KenderaanKakitangan PPUKM dan orang ramai telah disediakan tempat letak kenderaan di beberapa lokasi di dalam PPUKM dan berhampiran Kolam Renang dan Stadium KL. Shuttle & ValetKemudahan shuttle dengan kekerapan 15 minit disediakan kepada kakitangan, pelawat dan pesakit sepanjang laluan di antara Lobi Utama PPUKM sehingga ke kawasan Kolam Renang dan stadium KL. Bayaran akan dikenakan kepada pelanggan/pesakit mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak syarikat yang diberi tanggungjawab oleh Pusat Perubatan UKM.
' .