Muzium Anatomi

image_2Muzium Anatomi merupakan muzium yang menyimpan spesimen jar  struktur tubuh badan atau organ manusia bagi tujuan pembelajaran. Muzium ini diselaraskan oleh Jabatan Anatomi dan Jabatan Patologi.  Muzium yang terletak di tingkat 3, Bangunan Praklinikal ini diwujudkan untuk tujuan pembelajaran terutamanya pelajar-pelajar fakulti perubatan UKM.

Selain digunakan untuk pelajar fakulti perubatan UKM dan pelajar fakulti-fakulti kluster kesihatan UKM  yang lain, muzium ini juga turut menerima lawatan akedemik sekolah menengah (Tingkatan 3 ke atas), kolej dan universiti. Pelajar akan diberikan penerangan ringkas mengenai PPUKM dan juga mengenai muzium anatomi sebelum berpeluang untuk mengenal struktur tubuh badan manusia dekat dan melihat sendiri spesimen organ dalaman.

YURAN KEMASUKKAN

Yuran kemasukkan dikenakan mengikut jumlah pelajar yang hadir.

1) Sekolah Menengah (Tingkatan 3 keatas) – RM2.00 (seorang)

2) Kolej/Universiti/Agensi Awam – RM3.00 (seorang)

3) Kolej/Universiti/Agensi Swasta – RM5.00 (seorang)

PERMOHONAN LAWATAN

1) Permohonan lawatan ke muzium perlu melalui Pejabat Perhubungan Awam PPUKM dan sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh lawatan diadakan.

2) Permohonan mengadakan lawatan ke muzium hendalah secara bersurat melalui Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM. Permohonan perlu dialamatkan seperti berikut

PROF. DR. ZALEHA ABDULLAH MAHDY
DEKAN FAKULTI PERUBATAN DAN PENGARAH
HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ PUSAT PERUBATAN UKM
JALAN YAACOB LATIFF,
BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS, KL
3) Surat permohonan yang lengkap boleh dihantar kepada alamat diatas atau melalui emel prohukm@ppukm.ukm.edu.my

 

WAKTU OPERASI MUZIUM ANATOMI

Isnin – Khamis : 8.30pagi – 4.30 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad :  TUTUP

PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan dan status surat permohonan (baru) perlu dikemukakan kepada:

En. Abdullah Muji 
Ketua Pembantu Tadbir (Pejabat Pengarah)
Faks : 0391456629
Tel: 0391455006
' .