MAKLUMAN – Logo 20 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ To’ Puan/ Tuan/ Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa logo Sempena 20 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM telah dilancarkan semasa Perhimpunan Kakitangan pada 10 Julai 2017. Sehubungan dengan itu, logo berkenaan boleh diguna pakai dalam setiap acara rasmi HCTM untuk tempoh setahun mulai 10 Julai 2017 hingga 9 Julai 2018. Sebagai panduan, penggunaan logo ini boleh dimasukkan ke dalam papan latar (backdrop), poster, cenderamata dan sebagainya bersama-sama dengan logo UKM.

Walau bagaimanapun, penggunaan logo 20 tahun HCTM dalam surat rasmi adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Pengurusan UKM yang akan dimaklumkan kemudian.

LOGO dan Panduan Reka Letak

Sekian, terima kasih.

JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
PUSAT PERUBATAN UKM

' .