Panduan Pesakit Warga UKM

Wad Warga

Wad ini beroperasi di tingkat 7 dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik khas kepada kakitangan di Pusat Perubatan UKM dan UKM serta tanggungan mereka seperti mana tertera di dalam surat jaminan UKM serta memenuhi kriteria.

Wad ini akan menempatkan pesakit bukan kritikal daripada pelbagai disiplin. Kapasiti katil yang disediakan adalah sebanyak 17 buah dengan jenis bilik yang disediakan adalah bilik 1 katil, bilik 2 katil dan bilik 4 katil. Wad ini juga menempatkan pesakit  katogeri kenamaan  dengan kebenaran pihak tertinggi PPUKM.

Poliklinik warga

Poliklinik ini beroperasi di tingkat 1 dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada warga  PPUKM/UKM dan tanggungannya yang layak.

Waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah:

a) Pemeriksaan ibu mengandung
b) Pemeriksaan dan rawatan pergigian
c) Klinik `exercise medicine`
d) Pendidikan Kesihatan dan kaunseling asas kepada pesakit dan keluarga
e) Pemeriksaan saringan kesihatan
f) Rawatan pesakit akut / `walk in’
g) Perkhidmatan pakar pemakanan
h) Perkhidmatan Pergigian

' .