Pernyataan Kualiti / Piagam Pelanggan

WAWASAN

Hospital UKM bertekad menjadi sebuah hospital pengajar yang terpilih dan terkehadapan menerusi pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan perubatan, kesihatan dengan kakitangan yang kompeten dan kemudahan terkini.

DASAR KUALITI

Hospital UKM adalah komited dalam memberikan perkhidmatan yang beretika, selamat dan meyakinkan serta mematuhi perundangan demi memenuhi kepuasan pelanggan dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dengan konsep penambahbaikan berterusan dan semangat kerja berpasukan.

OBJEKTIF KUALITIĀ 

  1. Memberikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti, beretika, selamat dan menyakinkan kepada para pelanggan.
  2. Memastikan pesakit menerima khidmat perundingan daripada doktor dalam tempoh yang ditetapkan selepas pendaftaran dibuat.
  3. Memastikan setiap pesakit berbayar dikenakan caj dan menerima resit bayaran.
  4. Menguruskan pendaftaran dan kemasukan pesakit dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Memastikan ubat-ubatan yang didispenkan kepada pesakit merupakan ubat-ubatan yang tepat berasaskan kepada preskripsi yang dibuat oleh doktor.
  6. Memastikan maklumat dan rekod perubatan pesakit sentiasa lengkap dan di kemaskini serta disimpan di tempat yang selamat.
  7. Memastikan kes-kes kecemasan dan memerlukan resusitasi diberi rawatan dengan serta-merta.
  8. Memastikan ujian makmal dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut prosedur yang telah ditentukan dan tepat.
  9. Memastikan ujian pengimejan dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan laporan pengimejan yang tepat serta meyakinkan.
  10. Memastikan segala urusan/aktiviti HUKM dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.
  11. Memastikan segala kemudahan, peralatan dan infrastruktur yang menyokong kepada perawatan pesakit di selenggara dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  12. Memastikan kesejahteraan dan keselamatan diselaraskan oleh semua pihak serta dikawal dengan baik.
  13. Memastikan perkhidmatan penyajian makanan kepada pesakit sentiasa mencukupi dan dibekalkan dalam masa yang telah dijadualkan serta pendispensan makanan yang tepat.
  14. Memastikan perkhidmatan sokongan klinikal seperti pemulihan perubatan, kawalan infeksi, endoskopi, radioterapi & onkologi diberikan kepada pesakit yang dirujuk kepada unit berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  15. Memastikan semua urusan pentadbiran seperti pentadbiran am, kualiti khidmat pelanggan, perhubungan awam dan kerja sosial perubatan mengimplementasikan tanggungjawab dan peranan dengan baik bagi menyokong pengurusan perkhidmatan rawatan kepada pesakit.
  16. Memastikan urusan pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan mengikut tatacara dan tempoh yang ditetapkan.
  17. Merancang dan mengurus perolehan hospital secara efektif dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peraturan semasa.
  18. Menyediakan permohonan belanjawan mengagihkan peruntukkan dan menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  19. Mengurus bekalan bahan pakai habis gunasama.
  20. Mengurus bayaran kepada pelanggan Hospital UKM dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  21. Mengurus pembayaran dan potongan gaji dan elaun bulanan kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan.
  22. Menguruskan pendaftaran asset dalam tempoh yang ditetapkan .
  23. Mengurus penerimaan hasil Hospital UKM mengikut peraturan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
  24. Menguruskan laporan aliran tunai mingguan (bank) disediakan dan disemak dalam tempoh yang ditetapkan.
  25. Menguruskan surat tawaran dan dokumen perjanjian sewa ruang dalam tempoh yang ditetapkan.
  26. Menyediakan penyata kewangan tahunan yang benar dan saksama dalam tempoh yang ditetapkan.
' .