Program Kelas Antenatal

PENGENALAN

Kelas Antenatal adalah program yang dijalankan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran pasangan yang akan menerima ahli baru dalam keluarga. Panduan kesihatan yang diberi tentang ibu-ibu hamil bermula sebelum kehamilan sehingga kelahiran bayi. Penerangan dan demostrasi diberi dan berlangsung di dalam suasana berinformasi. Kelas ini memberi manfaat sebagai persiapan para ibu untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga.

Kelas Antenatal yang dijalankan di PPUKM adalah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman iaitu Doktor (Pensyarah) dan Jururawat (Pengurus/ Ketua Jururawat). Program ini dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya anda belum pernah menyertai mana-mana kelas antenatal, ini adalah langkah pertama yang perlu anda ambil bagi menambah ilmu.

OBJEKTIF

Objektif kelas ini dijalankan adalah:-

  1. Menambah pengetahuan keibubapa mengenai kebaikan dan kepentingan susu ibu sebagai makanan seimbang yang lengkap dan penjagaan bayi yang baru lahir.
  2. Menjelaskan proses pembesaran bayi didalam kandungan dan proses kelahiran.
  3. Menjelaskan tentang kebaikan ubat tahan sakit semasa proses kelahiran
  4. Memberi tunjuk ajar mengenai senaman yang perlu sepanjang kehamilan dan cara pernafasan yang betul semasa menghadapi proses kelahiran.
  5. Kemahiran keibubapa dapat membantu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk meyambut kehadiran si comel.
  6. Peserta dibawa berjalan-jalan diwad maternity dan bilik bersalin. Melakukan orientasi persekitaran bagi membiasakan diri dengan persekitaran baru.
  7. Mewujudkan hubungan sihat antara pelanggan dan kakitangan bertugas di Hospital dengan adanya komunikasi awal sepanjang kelas berlangsung.
  8. Dengan ilmu yang diberi pelanggan akan dapat memberikan kerjasama yang baik dengan petugas hospital kerana faham proses yang akan mereka lalui.

 

 FOTO AKTIVITI

' .