Soalan Lazim GST/CBP

1. Status kontrak–kontrak perjanjian yang telah ditandatangani sebelum 1 April 2015 dan masih berkuatkuasa.
Semua kontrak perjanjian yang terlibat di dalam perbincangan dengan pihak Perundangan PPUKM dan akan disemak secara terperinci mengikut kes–kes kontrak yang berkaitan.

2. Format semua kontrak perjanjian PPUKM selepas 1 April 2015?
Format semua kontrak perjanjian PPUKM selepas 1 April 2015 akan dimasukkan terma-terma berkaitan GST/CBP.

3. Bagaimana hendak mendaftar nombor GST/CBP Syarikat di PPUKM?
Semua syarikat/pembekal yang berdaftar dengan PPUKM perlu mengemaskini nombor GST/CBP di Portal e-Pembekal PPUKM.

4. Format pernyataan sebutharga (quotation) syarikat selepas penguatkuasaan GST/CBP, iaitu selepas 1April 2015?
Semua format sebutharga syarikat perlu memaparkan semua keperluan dokumentasi GST/CBP seperti nombor GST/CBP Syarikat.

5. Bagaimana caranya PPUKM menangani isu semasa tempoh peralihan ke arah GST/CBP?
PPUKM akan memastikan bahawa syarikat/pembekal akan melalui tempoh peralihan ke arah GST/CBP dengan lancar. PPUKM juga akan mengadakan perbincangan serta konsultasi secara berterusan dengan syarikat/pembekal yang berdaftar dengan PPUKM bagi memaklumkan serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan tempoh peralihan tersebut.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui:-

Email : ugst.jkew@ppukm.ukm.edu.my
Talian HOTLINE : 03-91455137

' .