Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM

PENGENALAN

Pusat Perubatan UKM (PPUKM) merupakan sebuah pusat pengajar dan kepakaran perubatan yang beroperasi sejak tahun 1997. Pada tahun 2009, kira-kira 873 buah katil telah dibuka bagi memenuhi keperluan pesakit-pesakit yang semakin bertambah termasuk rujukan dari negeri Sabah dan Sarawak. Secara purata dalam setahun, seramai lebih 360,000 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar dan kemasukan pesakit ke wad pula berjumlah 36,000 orang.

Memandangkan keperluan bantuan perubatan yang semakin meningkat dan terdapat pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan segera, satu inisiatif diambil dengan menubuhkan tabung khas iaitu Tabung Kebajikan Pesakit Hospital UKM pada 30 Mac 2000. Melalui penubuhan tabung ini, badan-badan korporat, swasta, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan juga orang perseorangan dapat menyampaikan sumbangan bakti untuk pembiayaan rawatan pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan.

OBJEKTIF PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT PPUKM

  1. Membantu dan memastikan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dapat menerima rawatan dan pemulihan di Pusat Perubatan UKM.
  2. Menyalurkan bantuan dan keperluan rawatan yang diperlukan oleh pesakit dalam kadar segera dengan tempoh kelulusan bantuan yang singkat.
  3. Memastikan keperluan rawatan disalurkan kepada golongan pesakit yang layak dan memerlukan melalui penilaian yang terancang.
JENIS-JENIS BANTUAN

1. BANTUAN PERALATAN PERUBATAN

Antara bantuan peralatan yang diperlukan melibatkan pesakit-pesakit dari unit klinikal pediatrik, ortopedik, kardiologi, onkologi, hematologi, nefrologi, respiratori, oftalmologi, otorinaringologi dan surgeri. Contohnya seperti central line, suction machine, colostomy bag, chemo pot, kerusi roda, cochlear implant, oxygen concentrator dan sebagainya.

2. BANTUAN UBAT-UBATAN

Tabung menyediakan bantuan ubat-ubatan untuk ubat non-formulary (ubat yang tidak dibekalkan oleh kerajaan) tetapi mesti ubat yang diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. BANTUAN AM

Pembiayaan kos pengangkutan sebelum dan selepas rawatan serta bantuan perbelanjaan kecemasan semasa dalam rawatan di hospital.

KAEDAH MEMBERI SUMBANGAN
  • Sumbangan kewangan yang ingin disalurkan kepada tabung hendaklah atas nama Hospital UKM melalui cek/ postal order/ money order dan dituliskan “Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM” di belakang cek/ postal order/ money order berkenaan.

Nama Akaun : Hospital UKM
Bank : CIMB Bank Bhd
No. Akaun : 98 2991 1502 3003
Swif Code : CIBBMYKL

  • Resit diberikan bagi setiap sumbangan dan sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan menurut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujukan: 01/35/42/51/179-6.1412). Penyumbang dikehendaki memaklumkan Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan menyertakan bukti pembayaran bagi mendapatkan pengecualian cukai.
  • Syarikat swasta, persendirian, NGO, agensi kerajaan, orang awam serta warga UKM/PPUKM yang berminat untuk memberikan bantuan kepada pesakit-pesakit PPUKM yang tidak berkemampuan boleh menyalurkan sumbangan melalui tabung ini.
PERTANYAAN LANJUT

Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 3, Bangunan Klinikal,
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tel : 03-9145 5224
Faks: 03- 9145 6653
Web: http://www.ppukm.ukm.my/jksp/

' .