Sejarah Penubuhan

Saiz Font :

 

Selamat datang ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pusat Perubatan UKM merupakan pusat perubatan akademik yang telah diwujudkan oleh penggabungan Fakulti Perubatan dan hospital pengajar, Hospital UKM. Penggabungan ini menyatukan pembelajaran yang hebat dan kemampuan penyelidikan para ahli akademik, dan kemudahan-kemudahan klinikal yang mantap dengan kakitangan-kakitangan hospital. Langkah inovatif ini mengubah institusi ini untuk menjadikannya salah satu pusat perubatan akademik yang terunggul.

Sejarah pusat ini bermula apabila Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972. Penubuhannya adalah berdasarkan aspirasi rakyat untuk mewujudkan institusi perubatan kebangsaan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Aspirasi pada masa itu adalah untuk mengeluarkan doktor-doktor tempatan, yang dilatih dan berkaliber, untuk mengatasi masalah kekurangan doktor di Malaysia, terutamanya untuk berkhidmat di kawasan-kawasan luar Bandar. Pada mulanya, Hospital Kuala Lumpur digunakan sebagai hospital pengajar. Pada tahun 1997, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan hospital pengajar sendiri, Hospital UKM dan Fakulti Perubatan telah dipindahkan ke Hospital UKM di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 20hb Februari 2008, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah mengemukakan keputusan pihak pengurusan tertinggi UKM untuk menggabungkan Fakulti Perubatan dan Hospital UKM untuk dijadikan penyatuan pusat perubatan akademik yang dinamakan Pusat Perubatan UKM. Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan UKM pada 28hb Februari 2008. Beliau dibantu oleh seorang Ketua Pegawai Operasi (KPO) dan 5 Timbalan Dekan. Ketua Pegawai Operasi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengurusan hospital dilakukan dengan lancar dan tanpa gangguan dengan mengambil berat kepuasan hati para pesakit dan pelanggan manakala Timbalan-timbalan Dekan mempunyai tanggungjawab yang spesifik seperti mana yang tertera pada jawatan mereka – Timbalan Dekan  Pengajian Prasiswazah dan Hubungan Masyarakat, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Hubungan Antarabangsa, Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber Manusia, Timbalan Dekan Perkhidmatan Klinikal dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Industri.

Misi Pusat Perubatan UKM adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk profesional-profesional kesihatan dan perkhidmatan yang terbaik berasaskan penyelidikan, perubatan berasaskan bukti, inovasi dan kepekaan sosial. Visi kami adalah untuk menjadi pusat perubatan akademik yang terkehadapan dan berdaya saing berasaskan pengetahuan, inovasi dan kumpulan profesional kesihatan yang amat berdedikasi untuk pembangunan  masyarakat yang sihat dan berpengetahuan.

Pusat Perubatan UKM, melalui Fakulti Perubatan telah mewujudkan program perubatan prasiswazah. Ia merupakan kurikulum integrasi perubatan selama 5 tahun yang berasaskan pengetahuan bio-perubatan dan kemahiran klinikal, menekankan kepentingan perubatan dan masyarakat dan pembangunan peribadi dan profesional pelajar-pelajar. Fakulti ini juga merupakan pusat pilihan pertama bagi kursus pra-siswazah untuk doktor-doktor pakar dengan lebih dari 15 program kepakaran klinikal pra-siswazah dan sub-kepakaran. Kami mempunyai kumpulan-kumpulan penyelidikan yang amat disanjungi di antara ahli-ahli akademik dalam bidang sains bio-perubatan dan disiplin-disiplin perubatan.

Kami mempunyai 2 pusat penyelidikan unggul yang terletak di dalam kawasan kampus, iaitu Universiti Pertubuhan Badan-badan Bersatu – Institusi Antarabangsa Kesihatan Sejagat (UNU-IIGH) dan Institusi Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI). Pusat Perubatan UKM berasa bangga dalam mencapai perkhidmatan perubatan yang terunggul. Pakar-pakar kami membawa rawatan perubatan dan pengurusan terkini ke Malaysia melalui kursus luar Negara dan juga pengalaman pembedahan dalam bidang organ dan stem cell transplantation, surgical implants, laparoscopic surgery, dan penyakit-penyakit neurologi, endokrin and cardiovascular. Kami menyokong usaha Malaysia untuk menjadi pusat perubatan serantau yang utama untuk memberi pesakit-pesakit dalam dan luar negeri rawatan perubatan terkini.

Selamat datang ke Pusat Perubatan UKM. Kami mewujudkan suasana yang mana pelajar, kakitangan dan pesakit dapat berada dalam budaya keunggulan klinikal, program pembelajaran yang diakreditasikan, dan penyelidikan yang dapat mengubah cara kita menjalani kehidupan.