Banana Oat Pancake

Bahan-bahan

 

  • Sebiji pisang masak
  • 1 cawan (40g) instant oat
  • 100ml susu rendah lemak

Cara Penyediaan

 

  • Campur semua bahan dan kisar sehingga halus.
  • Dengan menggunakan 1/4 cawan penyukat, cedok campuran yang telah dikisar tadi dan panaskan di dalam kuali non-stick.
  • Terbalikkan pancake dan masak selama beberapa minit sehingga muncul gelembung udara.
  • Hidang bersama buah-buahan pilihan.

Maklumat Pemakanan

 

  • Kalori : 256 kalori
  • Lemak : 3.1g
  • Protein : 7.8g
  • Karbohidrat : 49.6g
  • Kalsium : 135.4mg