Gemukkah saya?

Pengenalan

Pada tahun 2011, mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dalam kalangan populasi berlebihan berat badan di Asia Tenggara, Malaysia mempunyai prevalen tertinggi berlebihan berat badan bagi orang dewasa (BMI ≥25kg/m2) berbanding dengan negara-negara lain (sila rujuk gambar rajah di bawah).

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 (NHMS, 2015) juga menunjukkan bahawa prevalen kebangsaan bagi berlebihan berat badan dan obesiti telah meningkat sejak 5 tahun yang lalu.

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan risiko utama kepada penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Diseases) seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang kronik. Lebih membimbangkan, berdasarkan NHMS 2015 menunjukkan peningkatan sejak tahun 2006 hingga 2015 bagi Diabetes Melitus (dari 11.6% hingga 17.5%) dan hiperkolesterolemia (20.7% hingga 47.7%). Berdasarkan WHO 2014, dianggarkan 73% daripada jumlah kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh oleh penyakit tidak berjangkit.

Body Mass Index (BMI)

Body Mass Index (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang itu.

 

Pengkelasan BMI tidak sesuai digunakan kepada :

  1. Umur kurang daripada 18 tahun
  2. Ibu yang mengandung
  3. Atlet/ ahli sukan

 

Cara Pengiraan BMI adalah seperti berikut :

Pengkelasan BMI :

Kurang Berat Badan BMI < 18.5
Sihat (Berat Badan Unggul) BMI 18.5 - 24.9
Pra-Obes BMI 25.0 - 29.9
Obes Tahap I BMI 30.0 - 34.9
Obes Tahap II BMI 35.0 - 39.9
Obes Tahap III BMI ≥ 40.0

Ukurlilit Pinggang

Ukurlilit Pinggang merupakan pengukuran lemak dalam badan di bahagian abdomen. Lebihan lemak pada bahagian ini akan meningkatkan risiko kepada penyakit kronik.

Ukurlilit pinggang yang berisiko tinggi :

 

  • Lelaki ≥ 35 inci (90cm)
  • Perempuan ≥ 32 inci (80cm)

Apa Yang Harus Dilakukan Jika Anda Mempunyai BMI atau Ukurlilit Pinggang Berlebihan?

  1. Tetapkan matlamat penurunan berat badan yang sihat antara 0.5kg hingga 1kg seminggu.
  2. Awasilah apa yang anda makan. Amalkan cara pemakanan yang sihat.
  3. Ikuti kehidupan yang lebih aktif. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30 minit setiap kali.

Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko penyaki anda dengan ketara!!