Program Komuniti di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu

Pada 20 April 2019 Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan dengan kerjasama Live Consistant Sdn Bhd (LICO) telah menganjurkan program komuniti bertempat di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang.

Program berbentuk khidmat masyarakat ini merupakan program tahunan JPDSM dan kali ini menyasarkan golongan anak-anak yatim dan asnaf. Objektif program ini adalah bagi menjalinkan silaturahim antara Hospital Canselor Tuanku Muahriz (HCTM) dengan masyarakat luar, menambah keceriaan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang memerlukan serta meringankan beban pengusaha pertubuhan kebajikan yang terlibat.

Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang ini dihuni oleh anak-anak yatim dan asnaf zakat yang berumur dari 1 tahun sehingga 17 tahun. Jumlah penghuni lelaki adalah seramai 35 orang manakala penghuni perempuan adalah seramai 22 orang.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :

  1. Senaman pagi
  2. Ceramah motivasi oleh PU Johani (untuk anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah)
  3. Fun activity (untuk anak-anak berumur 3 hingga 7 tahun)
  4. Sambutan ulang tahun kelahiran anak-anak yatim dan asnaf
  5. Penyampaian sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan kepada anak-anak yatim, asnaf dan pengusaha rumah kebajikan.