Program Komuniti Gotong-royong Madrasah Hidayatul Islamiah

Satu program komuniti gotong-royong membersihkan kawasan Surau Madrasah Hidayatul Islamiah, Bandar Tun Razak telah diadakan pada 12 Mei 2018. Ia merupakan program julung kali diadakan oleh pihak Jabatan Dietetik & Sajian Makanan HCTM dengan kerjasama Jawatankuasa Madrasah Hidayatul Islamiah.

Objektif program ini diadakan adalah bagi menjayakan salah satu program tahunan JPDSM iaitu program komuniti, memupuk semangat kerjasama antara ahli JPDSM serta menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Ia telah disertai oleh 27 orang ahli jabatan dan 15 orang ahli jawatankuasa dan kariah surau.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah kuliah pagi oleh ustaz, gotong-royong membersihkan kawasan surau dan penyampaian sumbangan iaitu wang tunai serta telekung, hasil kutipan dari ahli JPDSM.

Program ini dilihat telah memberikan faedah kepada JPDSM, pihak Madrasah Hidayatul Islamiah dan penduduk setempat.