Perkhidmatan

Perkhidmatan Dietetik Klinikal Pesakit Dalam Wad
Perkhidmatan dietetik pesakit dalam wad dikendalikan oleh setiap pegawai dietetik di mana mereka bertanggungjawab untuk memberi kaunseling pemakanan dan membuat regim untuk pemakanan melalui tiub atau oral.

Perkhidmatan Dietetik Klinikal Di Klinik/ Pesakit Luar
Perkhidmatan ini dijalankan di Klinik Perubatan 2, Klinik Diet Pusat Perubatan Primer PPUKM Dwitasik Bandar Sri Permaisuri, Klinik Nefro & SLE (Systemic Lupus Erythromatous), Klinik Pediatrik 2, Klinik Onkologi, Klinik Obesiti, Klinik Diet NST dan Klinik Diet LBW.

Ia melibatkan pemberian kaunseling pemakanan & pendidikan kepada pesakit mengikut keperluan. Terdapat kes baru dan ulangan. Kaunseling berkumpulan juga diadakan mengikut keperluan pesakit iaitu Klinik GDM di wad Obstetrik dan CRRT di Klinik Nefro & SLE.

Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit Di Wad
Ia dikendalikan oleh katerer swasta yang telah dilantik oleh UKM dan pihak jabatan bertanggungjawab memantau perjalanan perkhidmatan yang diberikan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh jabatan.

Perkhidmatan Enteral Kepada Pesakit
Perkhidmatan enteral bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan perkhidmatan produk enteral termasuk perolehan, simpanan, inventori dan penghantaran produk mengikut keperluan ke wad-wad yang membuat permintaan.

Pendidikan dan Pembelajaran
Jabatan juga terlibat dalam program pendidikan seperti latihan klinikal pelajar jurusan dietetik IPTA dalam program attachment “Specialised Unit” serta program latihan industri bagi penempatan pelajar IPTA dalam jurusan Sains Makanan, Pemakanan dan Pengurusan Makanan.

Perkhidmatan Komuniti
Pegawai Dietetik Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan juga aktif sebagai penceramah, pemudahcara dan perunding dalam pelbagai program pemakanan dan kesihatan seperti Kem Diabetes, Program Pemakanan Sihat (SIRIM, LHDN dan lain-lain) serta aktif sebagai ahli kumpulan pelbagai disiplin seperti Feeding Problem, YDSG, Stroke Management dan sebagainya