Senaman

Saranan senaman adalah 150 minit seminggu. Ia boleh dibahagi-bahagikan mengikut kesesuaian individu, seperti 5 kali seminggu selama 30 minit setiap kali.

Antara yang boleh dilakukan adalah seperti :

  • Berjoging
  • Berjalan pantas
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Sukan rekreasi seperti memanjat bukit/ gunung.
  • Golf (tanpa menggunakan buggy)

 

Selain daripada melakukan senaman secara konsisten, anda disarankan juga untuk mengikuti gaya hidup yang lebih aktif, seperti :

  • Gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskulator.
  • Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat.
  • Cucilah kereta anda sendiri.
  • Berkemas dan bersihkan rumah.
  • Berkebun atau memotong rumput di rumah.