Bronkoskopi

Satu prosedur yang dilakukan untuk melihat saluran pernafasan melalui hidung seterusnya ke tekak (throat),larinks (larynx),trachea ke saluran bawah pernafasan.(lower airway).Dilakukan oleh pakar perubatan dimana untuk menentukan sesuatu penyakit dengan mengambil sampel tisu (biopsy)dan dapat memberi rawatan kepada pesakit dengan pemberian ubat ubatan yang tepat.

INDIKASI UNTUK BRONKOSKOPI

  1. Pesakit yang mengalami masalah pernafasan seperti:
  • Kanser paru paru (Ca lung)
  • Pendarahan (Bleeding)
  • Batuk yang berpanjangan / berdarah.
  • Kesukaran untuk bernafas
  1. Pengambilan tisu semasa prosedur untuk menentukan rawatan yang diberi.
  2. Pembungan sesuatu objek yang menyebabkan penyekatan pada saluran pernafasan.
  3. X ray/ Ct Scan menunjukkan abnormaliti dalam paru-paru.

PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM BRONCHOSCOPY

  • Pesakit perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pemeriksaan (Bermula 12 tgh malam ).
  • Jika pesakit memakai gigi palsu pesakit perlu menanggalkan gigi tersebut sebelum prosedur di jalankan.
  • Pesakit dilarang memakai assesori-assesori perhiasan diri, jam tangan,barang kemas dan lain-lain.
  • Pesakit dibenarkan memakan ubatan rutin harian pesakit sebelum prosedur dijalankan dengan mengambil kuantiti air yang sedikit kecuali ubat kencing manis bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

 

Peringatan kepada pesakit:

  • Adalah lebih baik jika pesakit memaklumkan kepada Pegawai Perubatan mengenai ubat-ubatan seperti ubat cair darah atau sebarang alahan dan alergik terhadap sebarang ubatan.

Kadar Caj

Wang pembayaran iaitu  untuk caj bronchoscopy adalah sebanyak RM 265 termasuk GST ,separuh harga bagi warga emas >60 tahun dan caj ubatan (jika terdapat ubat yang diberi oleh doktor).

 

 

Translate »