Kolonoskopi

Satu prosedur yang menggunakan fiberskop/berkamera dimasukkan ke dalam saluran usus besar (large intestine).Dilakukan untuk melihat sebarang abnormaliti pada keseluruhan usus besar.

INDIKASI BAGI KOLONOSKOPI                          

Pesakit yang mengalami gajala atau tanda-tanda seperti:    

-Kesakitan pada bahagian bawah abdomen.

-Berlaku pendarahan apabila pesakit membuang air  besar.

-Sembelit ‘Constipation’

-Cirit- birit pada jangka masa yang lama (Chronic  Diarrhea)

-Perubahan pada “bowel habit”

-Kekurangan sel darah merah (Anemia)

-Perubahan pada “bowel  habit”

-Kekurangan sel darah merah (Anemia)

  Menentukan atau mengenal pasti sesuatu penyakit seperti:  

-Kanser usus

-Polyps

-Buasir (Hemorrhoid)

-Ulceratis colitis

 

PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM KOLONOSKOPI

 Pesakit perlu mengambil ubatan cecair laksatif 1 hari sebelum prosedur dijalankan.

Cecair laksatif ini bertujuan bagi  membersihkan kolon daripada najis agar kolon dapat dilihat melalui   videoscope tersebut disamping untuk memudahkan prosedur kolonoskopi dijalankan.

Cara pengambilan tentang ubat laksatif akan diberitahu dengan lebih terperinci kepada pesakit mengikut  panduan yang telah ditetapkan.

  •  Pesakit perlu berpuasa pada pukul 12 tgh malam sebelum prosedur dijalankan.
  • Pesakit dilarang memakai aksesori-aksesori perhiasan diri seperti jam     tangan, barang kemas dan lain-lain. Simpan barangan peribadi seperti            dompet, telefon pada waris atau tempat simpanan barang yang telah disediakan.
  • Pesakit dibenarkan mengambil ubatan rutin harian kecuali ubat kencing manis sebelum prosedur dijalankan dengan mengambil kuantiti air kosong yang sedikit bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
  • Pesakit perlu membawa kain sarung pada hari pemeriksaan.

Kadar Caj

Caj  prosedur kolonoskopi  adalah   RM 318 termasuk GST, separuh  harga  bagi  warga  emas  yang berumur >60 tahun dan caj  ubatan (jika  terdapat ubat yang  diberi  oleh  doktor) atau bawa surat jaminan daripada majikan ataupun  kad pesara pada hari tersebut.

 

Translate »