Objektif dan Tujuan

Objektif

  • Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang kesihatan dan perubatan di negara dan rantau ini.
  • Untuk menjadi pusat penyelidikan cemerlang dalam bidang kesihatan dan perubatan di negara dan rantau ini.
  • Untuk memberikan perkhidmatan rawatan, pendidikan dan promosi kesihatan kepada penduduk di kawasan Cheras, Ampang dan Hulu Langat hingga ke Semenyih dan Bangi.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada pelajar-pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Fakulti Pergigian.
  • Untuk menyediakan latihan dalam sub-bidang tertentu di negara ini.
  • Untuk membekalkan kemudahan dan peralatan yang berkualiti bagi membantu dalam kegiatan penyelidikan dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden, canggih dan terkini untuk perawatan kesihatan peringkat primer, sekunder dan tertiari.
  • Untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada kakitangan bagi memantapkan keupayaan dan kemahiran dalam menjalankan tugas.

Tujuan

  • Memastikan kakitangan mengikut program latihan yang telah dijadualkan bagi memastikan kakitangan sentiasa kompeten dalam menjalankan tugas.
  • Memastikan segala kemudahan , peralatan dan infrastruktur yang menyokong kepada perawatan pesakit diselenggara dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kesejahteraan dan keselamatan diselaraskan oleh semua pihak serta dikawal dengan baik.
  • Memastikan perkhidmatan penyajian makanan kepada pesakit sentiasa mencukupi dan dibekalkan dalam masa yang telah dijadualkan serta pendispensian makanan yang tepat.
  • Memastikan perkhidmatan sokongan klinikal seperti pemulihan perubatan, kawalan infeksi, endoskopi, radioterapi & onkologi diberikan kepada pesakit yang dirujuk kepada unit berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua urusan pentadbiran seperti sumber manusia, kewangan, pentadbiran am, kualiti serta khidmat pelanggan dan perhubungan awam mengimplementasikan tanggungjawab dan peranan dengan baik bagi menyokong pengurusan perkhidmatan rawatan kepada pesakit.