Diploma Lanjutan Kebinanan

Penerangan Kursus

Kursus ini ialah kursus Diploma Lanjutan Kebidanan, dirancang khas untuk Jururawat Berdaftar yang memiliki Diploma Kejururawatan atau Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan.  Di akhir kursus, graduan boleh berkhidmat dengan selamatnya dalam pelbagai aspek obstetrik, ginekologi dan neonatologi.

Kandungan  kurikulum  meliputi 6 aspek: Kesihatan Wanita, Jagaan Komuniti tumpuan kepada  Keluarga & Budaya, Antepartum, Intrapartum, Pospartum dan Neonatologi.  Pendekatan  kurikulum  mengintegrasikan teknik jagarawat dan sains perubatan yang terkini dan mementingkan keperluan emosi wanita, keluarga dan bayi baru lahir.  Kurikulum juga menumpu kepada aspek preventif, mengenalpasti peringkat awal masalah, pendidikan wanita/ibu serta keluarga dan progresif jagaan mereka daripada saat kehamilan hinggalah ke awal alam kekeluargaan.

Kurikulum dijalankan sepenuh masa selama 1 tahun akademik atau 2 semester dengan menggunakan pendekatan modular.  Perlaksanaannya dijalankan dengan perkongsian di antara Jabatan Kejururawatan, Jabatan Perubatan Keluarga dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM yang bertanggungjawab dalam pengendalian teori, amali  dan juga penilaian pelajar.

 

STRUKTUR KURSUS

Struktur Kursus

Kursus Teras Fakulti

FM 5314              History Taking and Physical Examination in Obstetrics

FM 5514              Patient Education (Health Teaching & Counseling)

FM 5114              Anatomy, Physiology & Pharmacology in Obstetrics

FM 5124              Research in Midwifery Nursing

 

Kursus Teras Kebidanan

FM 5214              Module 1: Antepartum

FM 5014              Module 2: Intrapartum

FM 5224              Module 3: Postpartum

FM 5424              Module 4: Neonatology

FM 5024              Module 5: Women’s Health

FM 5324              Module 6: Community Care: The Family and Culture

 

SYARAT KEMASUKAN
Sila KLIK untuk melihat syarat-syarat kemasukan

 

Maklumat Untuk Dihubungi

Puan Rumaizam Mohd Noor – (03-91455030)