DOKTOR FALSAFAH

 

DOKTOR FALSAFAH (PhD) (Penyelidikan / 6 Semester) 

  1. Anatomi
  2. Biokimia
  3. Farmakologi
  4. Fisiologi
  5. Mikrobiologi & Imunologi
  6. Parasitologi & Entomologi
  7. Kesihatan Masyarakat
  8. Kejuruteraan Tisu
  9. Pendidikan Perubatan
  10. Obstetrik & Ginekologi
  11. Ortopedik & Traumatologi
  12. Otorinolarongologi
  13. Patologi
  14. Perubatan Dalaman
  15. Oftalmologi
  16. Pediatrik
  17. Surgeri

 

 SYARAT-SYARAT UMUM

1   Ijazah Sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau daripada universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
2   Lain-lain kelayakan professional/ vokasional berkaitan atau pengalaman berkaitan yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana oleh Senat; atau
3   Sedang mengikuti program Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan disyorkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk penukaran kepada program Doktor Falsafah (Phd) dengan kelulusan Senat; atau
4   Ijazah Sarjana Muda Kelas Kepujian Pertama atau bersamaan dengan Gred Kumulatif Purata (PNGK) tidak kurang daripada 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; dan
5   Calon yang telah berdaftar untuk Ijazah Sarjana Sains Perubatan boleh menukarkan pendaftaran ke Ijazah Doktor Falsafah berdasarkan pencapaian dan syarat yang diiktiraf oleh senat ; dan
6   Surat sokongan kewangan pemohon mestilah disertakan  (i.e. Affidavit penaja atau surat pengesahan penjamin). Pemohon antarabangsa dan semua pemohon yang dibiayai sendiri perlu menyertakan surat pengesahan kemampuan pembiayaan, jaminan kewangan dari bank atau institusi kewangan yang sah.