Tahniah Dr Ng Beng Kwang Pensyarah & Pakar dari Jabatan Obstetrik & Ginekologi

Oleh: Shamsulizmi Asmawi

5hb November 2019, Selasa – Bertempat di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Presint 5, Putrajaya telah diadakan satu majlis penerimaan anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang tahun 2019. Tahniah kepada Dr. Ng Beng Kwang, Pensyarah & Pakar dari Jabatan Obstetrik & Ginekologi. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia sempena Sambutan Hari Integriti anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penerima anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang tahun 2019 ini telah di pilih dari seluruh Negari di Malaysia dan cuma seramai 9 orang yang terpilih dan salah seorang darinya adalah Dr. Ng Beng Kwang.

TAHNIAH