Syarahan Perdana “Reumatologi: Ke Arah Penjagaan Pesakit yang Sempurna”

Oleh: Shamsulizmi Asmawi

Auditorium Pusat Perubatan UKM, 21 Oktober 2019 (Isnin) – Satu majlis Syarahan Perdana yang bertajuk Reumatologi: Ke Arah Penjagaan Pesakit yang Sempurna telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Shahrir Mohamed Said. Pidato pengenalan telah diberikan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa. Dalam syarahan ini banyak menyentuh kepada penjagaan pesakit yang menyeluruh iaitu melibatkan pelbagai penyakit reumatologi yang melibatkan kajian-kajian berunsurkan genetik, sel, rawatan dan kualiti kehidupan. 

Seramai 230 orang tetamu yang turut serta memeriahkan majlis syarahan perdana ini yang terdiri daripada pensyarah perubatan UKM, pelajar perubatan UKM, kakitangan, ahli keluarga, sahabat handai dan juga mantan Dekan fakulti Perubatan. Syarahan perdana ini telah dimulankan jam 1:30 petang dan berakhir jam 3:30 petang.