Perkhidmatan Hemodialisis

Objektif

  1. Memberi jagarawatan dialisis yang berkualiti dan selamat kepada pesakit kegagalan buah pinggang
  2. Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit
  3. Membolehkan pesakit kegagalan buah pinggang menikmati kehidupan yang berkualiti
  4. Memperketatkan kawalan jangkitan infeksi di unit hemodialisis
  5. Mengadakan latihan teori dan praktikal untuk melatih semua staf mahir lagi cekap dalam bidang perawatan hemodialisis.

 

Lokasi

Terdapat 3 tempat unit HD:

  1. Unit Hemodialisis Akut (Tingkat 6, HCTM PPUKM)
  2. Unit Hemodialisis Sub Akut (Tingkat 5, HCTM PPUKM)
  3. Unit Hemodialisis Satelit UKM, Bangi

 

Masa Operasi

  1. Unit Hemodialisis Akut (Tingkat 6, HCTM, PPUKM)

Beroperasi 24 jam

  • Syif Pagi (7am – 2pm)
  • Syif Petang (2pm – 9pm)
  • Syif Malam (9pm – 7am)

 

  1. Unit Hemodialisis Sub Akut (Tingkat 5, HCTM PPUKM)

Beroperasi dari 7am hingga 9pm sahaja pada setiap hari kecuali hari Ahad

  • Syif Pagi (7am – 2pm)
  • Syif Petang (2pm -9pm)

 

  1. Unit Hemodialisis Satelit UKM Bangi

Beroperasi dari 7am hingga 5pm sahaja pada setiap hari kecuali hari Ahad.

  • Syif pertama (7am – 2pm)
  • Syif kedua (10am -5pm)