Language

Bahasa

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM)

Kepakaran dan Ubatan alteplase dan pulmozyme (Dornase-Alfa) untuk kegunaan “intrapleural” hanya terdapat di Unit Respiratori, Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM

Oleh: Prof Madya Dr Mohamed Faisal Abdul Hamid

Prof. Madya Dr. Mohamed Faisal melakukan ultrasound thorax dan memberi penerangan kepada pesakit.

Selaput paru-paru bernanah (empyema) adalah peringkat di mana cairan di selaput paru-paru (pleural effusion) bertukar menjadi nanah. Ini terjadi jika rawatan penyakit ini dilengahkan; samada tidak dikesan di peringkat awal atau pesakit tidak melaporkan kepada doktor.

Secara amnya, kandungan dalam cairan di selaput paru-paru adalah sebanyak 10-20 mls. Fungsi utama cairan ini adalah sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan di antara paru-paru dan dinding dada. Apabila ada keradangan atau penyakit lain yang menjejaskan paru-paru, kandungan cairan ini ini akan meningkat. Salah satu sebab peningkatan cairan selaput paru-paru adalah disebabkan jangkitan kuman, samada bakteria, fungi, tibi atau virus. Antara organisma penyebab empyema adalah Mycobacterium tuberculosis, Streptococcus pneumoniae, Pseudomonas aeruginosa, Klebsiella pneumoniae, Staphylococcus aureus, Burkholderia pseudomallei, Enterobacteriaceae dan sebagainya.

Tanda-tanda utama penyakit empyema adalah demam, batuk berpanjangan, sukar bernafas, sakit dada dan berpeluh malam. Pesakit juga boleh mengalami kesusutan berat badan dan kurang selera makan. Pesakit berisiko tinggi untuk mendapat empyema antaranya adalah pesakit  yang mempunyai ketahanan badan yang lemah seperti pesakit kencing manis, kanser, pesakit HIV, dan juga pesakit yang memakan rawatan immunosuppresent  (prednisolone) dan lain-lain.

Rawatan utama empyema adalah bergantung kepada organisma yang menyebabkan penyakit tersebut. Kebiasaanya pesakit akan dimulakan dengan ubatan intravena antibiotic spektrum luas sehingga organisma dapat dikesan dan rawatan tersebut akan diubah suai. Untuk sebarang  rawatan ‘’nanah” yang terdapat di dalam badan pesakit, prinsip utama rawatannya adalah pengeluaran nanah tersebut; dan ini termasuklah empyema. Doktor akan membuat ultrasound dada dan  selepas mengenalpasti tempat dan bius setempat diberikan,   tiub dada akan dimasukkan untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Kadang kala, tiub dada tidak dapat mengeluarkan kesemua nanah tersebut disebabkan nanah tersebut telah membentuk banyak poket atau septasi; dan tiub hanya mngeluarkan nanah dari satu ruang sahaja. Jika ini terjadi; rawatan intrapleural alteplase dan pulmozyme dapat dimulakan jika tiada kontra-indikasi.

Nanah dikeluarkan daripada selaput paru-paru.

Untuk makluman, di hospital kerajaan di Malaysia, kepakaran dan  ubatan alteplase dan pulmozyme terutamanya untuk kegunaan intrapleural hanya  terdapat di HCTM, UKMMC dan juga di UKM Specialist Centre. Di benua Asia Tenggara, selain Malaysia, Singapura juga mempunyai ubatan ini. Fungsi ubatan intrapleural alteplase adalah untuk memecahkan septa di selaput paru-paru. Selepas rawatan intrapleural alteplase, pesakit akan diberikan intrapleural pulmozyme pula yang berfungsi untuk mencairkan nanah di selaput paru-paru. Fungsi synergistic kedua-dua ubat ini akan seterusnya mengingkatkan pengaliran nanah keluar dari selaput paru-paru. Komplikasi pendarahan selepas menggunakan ubatan ini adalah sangat rendah, dalam lingkungan 3-4% dan kebiasannya pendarahan akan berhenti dengan sendirinya.

Ubatan alteplase dan pulmozyme akan diberikan dua kali sehari untuk 2-3 hari di mana ubatan ini akan dilarutkan dan dimasukkan melalui tube dada (intrapleural) sehingga berjaya. Walaupun ubatan ini telah digunakan secara meluas di UK, USA dan Australia, namun di Malaysia pesakit perlu menandatangani surat kebenaran pengunaan ubatan di luar indikasi. Di HCTM, kami telah melakukan lebih 40 rawatan intrapleural alteplase sejak 2017, dan sejak kami berjaya mengimport pulmozyme pada bulan Disember 2018, kami telah berjaya melakukan 5 rawatan intrapleural alteplase dan pulmozyme dengan 100% kejayaan. Untuk makluman, jika pesakit gagal rawatan intra-pleural alteplase dan pulmozyme, pesakit seterusnya memerlukan rawatan pembedahan untuk pengeluaran nanah tersebut.

Secara kesimpulanya, ubatan intrapleural alteplase dan pulmozyme terbukti keberkesananya untuk rawatan empyema; dan Unit Respiratori HCTM mempunyai kepakaran setaraf dunia untuk rawatan tersebut.

 

Font Resize
Contrast