MISI DAN VISI

VISI

  • Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat global dalam pembangunan dan pelaksanaan klasifikasi penyakit serta Sistem Casemix.

MISI

  • Untuk menyediakan penyelesaian yang cekap, berkesan dan lestari dalam pembangunan dan pelaksanaan klasifikasi penyakit dan Sistem Casemix melalui penyelidikan dan pembinaan kapasiti.

FUNGSI DAN OBJEKTIF SETIAP UNIT DALAM ITCC

  1. UNIT KOSTING & TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • Membantu dalam proses analisis kos pesakit
  • Menguruskan laman web ITCC
  • Menguruskan permasalahan Sistem Maklumat Pesakit (CHETS)

 

      2. UNIT CODING & KUALITI

  • Menyedia dan membekalkan senarai discaj harian yang dijana              daripada sistem CHETs kepada setiap koder untuk tujuan perlaksanaan pengekodan diagnosis dan prosedur
  • Menyediakan statistik diagnosis penyakit dan prosedur yang telah dikodkan oleh setiap koders setiap bulan
  • Menguruskan proses auditan ketepatan kod diagnosis dan prosedur yang dijalankan oleh koder menggunakan klasifikasi ICD-10 dan ICD-9-CM
  • Menyediakan laporan kualiti coding diagnosis dan prosedur setiap 3 bulan
  • Memastikan supaya data-data minimum untuk Sistem Casemix adalah lengkap
  • Berkerjasama dengan Jururawat dan Pakar-pakar Klinikal di Wad dan Klinik bagi memastikan supaya diagnosis dan prosedur pesakit dicatatkan dengan lengkap dan tepat sesuai keperluan Sistem Casemix.
  • Menguruskan pembelajaran berterusan untuk peningkatan kualiti dan kuantiti coding. Menguruskan CEM (Coder Expert Meeting) dan CCE (Continuous Coding Education). Mengenalpasti dan mendokumenkan setiap permasalahan coding.

 

3. PENYELIDIKAN & PENDIDIKAN

  • Memastikan 98.5% Data casemix dimuat turun daripada  Sistem Maklumat Hospital (CHEtS) pada hari bekerja yang ke sembilan (9) pada setiap bulan berikutnya.
  • Memastikan 98.5% permohonan maklumat penyakit oleh pelanggan dapat disediakan dalam tempoh Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terima permohonan tersebut.
  • Memastikan 90% laporan statistik pesakit HCTM dapat disedia dan dianalisa mengikut Jabatan Klinikal berasaskan kepada Sistem Casemix setiap tiga (3) bulan.

 

4. PENTADBIRAN & KEWANGAN

  • PENTADBIRAN AM
    • Mengurus tempahan ruang (mesyuarat/perbincangan/kursus)
    • Mengurus Borang Koding
    • Mengurus permohonan RPP
    • Mengurus Aduan Kerosakan
    • Mengurus surat menyurat, minit mesyuarat dan mel
    • Mengurus fail dan dokumen pentadbiran
  • SUMBER MANUSIA
    • Mengurus Prestasi Tahunan Kakitangan (SPPU)
    • Mengurus Rekod Cuti Kakitangan
    • Mengurus Disiplin Kakitangan
    • Mengurus Kebajikan Kakitangan
    • Mengurus Rekod dan Maklumat Kakitangan (SMK)
    • Mengurus Perjawatan & Perkhidmatan Kakitangan
    • Merancang Tenaga Kerja
    • Menyedia ABM Perjawatan
  • PEMBANGUNAN SUMBER  MANUSIA
    • Merancang dan memantau latihan & kursus kakitangan
    • Mengurus pelajar latihan industri.
    • Mengurus taklimat kursus Orientasi HO
    • Merancang dan mengurus program pembangunan kakitangan ITCC/HCTM
  • KEWANGAN & INVENTORI
    • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan
    • Mengurus Perolehan & Bayaran (UFAST)
    • Mengurus Inventori & Bahan Pakai Habis
    • Mengurus Tabung Jabatan
  • PENJANAAN
    • Merancang & Menyelaras   Aktiviti

  • MoA/MoU
    • Mengurus Dokumentasi MoA/MoU
    • Mengurus Majlis Tandatangan MoA/MoU