Language

Bahasa / Languages

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Kemudahan

Kafeteria

  1. Kafeteria Delima – Blok Pendidikan
  2. Kafeteria Cattleya – Sebelah Asrama Jururawat
  3. Kafeteria Azalea – Lobi Pelawat

Kemudahan perbankan/ATM

  1. CIMB dan RHB – Lobi Pelawat
  2. CIMB dan Bank Islam – Blok Pendidikan (hadapan Kafeteria Delima)

Tempat Meletak Kenderaan

Kemudahan tempat letak kenderaan/parkir disediakan untuk orang awam dan kakitangan PPUKM.  Parkir awam tertetak di Zon tempat letak kenderaan di beberapa lokasi di dalam PPUKM dan berhampiran Kolam Renang dan Stadium KL.

Valet

Kemudahan Valet disediakan untuk pelawat. Lokasi kemudahan ini di hadapan Lobi Utama PPUKM.

Keselamatan

Pos-pos keselamatan disetiap pintu masuk, klinik dan wad bagi memastikan keselamatan pesakit dan kakitangan bertugas. Sebarang kes atau masalah keselamatan boleh dirujuk terus kepada pihak keselamatan sebelum tindakan lanjut diambil.

Pejabat Pos

Kemudaha Penubuhan pejabat pos mini di lobi pelawat. Urusan surat menyurat boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari kawasan PPUKM.

Surau

Orang ramai yang berkunjung ke PPUKM boleh mengerjakan solat di Surau Ibnu Sina yang terletak di Tingkat 1, Blok Klinikal.

Kedai Koperasi

Koperasi Universiti (UniKeb) menjual pelbagai barangan runcit bagi kemudahan kakitangan dan pelawat. Terdapat 2 koperasi di premis PPUKM iaitu UNIKEB ini terletak di sebelah Jabatan Kecemasan dan di laluan ke Lobi Pelawat.

Kedai Jualan

Kebanyakkan kedai jualan di HCTM terletak di Lobi Pelawat. Antara kedai jualan di HCTM ialah:-
  • Kedai Sahabat
  • Farmasi UKM Kesihatan
  • Kedai Cenderahati dan Bunga
  • Gloria Jeans Coffee
  • HotnRoll
  • Pastryville (Lobi O&G)

Kiosk Jualan

Kiosk jualan dibuka di Lobi Utama HCTM dan Lobi Pelawat. Kiosk ini memberi peluang kepada peniaga untuk mempromosi perkhidmatan dan produk mereka kepada pelawat yang datang ke hospital. Antara kiosk tersebut ialah Tupperware, Footlink, Medifeet, Anteik Waterbed, Optimo (Alat Kesihatan) dan Heelwell Healthcare.

Mesin Layan Diri (Vending Machine)

Mesin layan diri di hospital adalah mesin minuman dan snek ringan. Mesin ini boleh didapati di sebelah Unimart 2, depan farmasi, sebelah jabatan kecemasan, ruang menunggu di ICU, kaki lima Obstetrik dan Ginekologi, dan lobi pelawat.

Rumah perantaraan

Rumah perantaraan Sri Labuan disediakan dengan bayaran yang minimum dengan motif meringankan bebanan ahli keluarga pesakit dari luar Lembah Klang yang berulang alik menjaga rawat pesakit di PPUKM. Pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh rujuk Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Rumah Ronald Mc Donald

Rumah ini menawarkan perkhidmatan penginapan kepada waris pesakit kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan kadar yang paling minima. Maklumat lanjut, sila layari https://rmhc-malaysia.my/rmh/