Kaedah Bayaran Bagi Pesakit

PPUKM menyediakan pelbagai saluran pembayaran bagi bayaran deposit kemasukan wad, bil rawatan perubatan dan invois pesakit :

1) Tunai / Kad Kredit / Kad Debit

     Sila buat bayaran di :

  • Kaunter Wad, Discaj & Bayaran Pesakit, Lobi Utama PPUKM
  • Kaunter Hasil, Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM
  • Semua Kaunter Hasil di klinik-klinik, Tingkat G & 1, Blok Klinikal, PPUKM

2) Bank Draf / Wang Pos / Cek ditulis atas nama “HOSPITAL UKM”. CEK PERIBADI TIDAK DITERIMA.

Untuk urusan pos, sila alamatkan kepada :

Unit Hasil Pesakit,  Bahagian Pengurusan Strategik, Jabatan Kewangan,  HCTM, Pusat Perubatan UKM,  Jalan Yaacob Latiff,  Bandar Tun Razak,  56000 Cheras,  Kuala Lumpur.

3) Pindahan Elektronik CIMB Clicks /’Online Banking’/***ATM Transfer/***Cash Deposit Machine (CDM) :

  • Nama Akaun: Hospital UKM
  • Bank: CIMB Bank Berhad, Cawangan Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
    No Akaun: 8000742684

Bayaran Bil Pesakit – Sila nyatakan Nama Pesakit, No. Bil, No. MRN dan Amaun.

***Sila kemukakan bukti pembayaran melalui email – suratjaminan@ppukm.ukm.edu.my atau kaunter Wad, Discaj, Bayaran Pesakit, Lobi Utama PPUKM

Hubungi hotline kami 03-9145 7969 / 8273 atau email kepada hasiljkew@ppukm.ukm.edu.my untuk sebarang pertanyaan.