Laporan Perubatan Pesakit

Laporan perubatan merupakan maklumat pesakit yang dipohon bertujuan untuk tuntutan insuran, mahkamah, majikan, polis dan lain-lain yang disediakan oleh pegawai/pakar perubatan. Tanpa laporan tersebut, sesuatu tuntutan, perbicaraan tidak dapat dilaksanakan.

Terdapat 3 (tiga) jenis laporan perubatan yang biasa dipohon oleh pesakit/waris pesakit.

  1. Laporan Perubatan Biasa yang disediakan oleh Pegawai Perubatan
  2. Laporan Ringkas / Pendapat disediakan oleh Pakar Perubatan
  3. Laporan Perubatan Terperinci disediakan oleh Pakar Perubatan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

  1. Salinan kad pengenalan (Mykid/Mykad) pesakit
  2. Salinan kad pengenalan (Mykid/Mykad) pemohon (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  3. Salinan kad pengenalan (MyKad) waris pesakit (bagi kes kematian)
  4. Salinan kad pengenalan (MyKad) Ibu/Bapa (bagi pesakit kanak-kanak bawah 18 tahun)
  5. Salinan buku kad rawatan temujanji (luar & dalam)
  6. Salinan sijil kematian (bagi kes kematian)
  7. Salinan dokumen yang membukti pertalian waris dengan pesakit (seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan, surat kebenaran mahkamah mengenai hak penjagaan dsbnya)
  8. Salinan sijil kelahiran (bagi membuktikan hubungan waris dengan pesakit)
  9. Borang-borang tuntutan yang berkaitan
  10. Salinan sijil cuti sakit (MC) (jika berkenaan)
  11. Surat keizinan ASAL bagi permohonan laporan perubatan hendaklah di tandatangan oleh pesakit sendiri atau ibu/bapa (jika pesakit adalah kanak-kanak)
  12. Sekiranya pesakit telah meninggal dunia, surat keizinan adalah daripada waris yang sah dari segi perundangan.
Status pesakit Caj Minimum Caj Maksimum
Warganegara RM 80 RM 1000
Bukan Warganegara RM 160 RM 2000
  1. Caj tambahan boleh dikenakan sehingga RM1000.00 tertakluk kepada jenis laporan yang disediakan.
  2. Pembayaran boleh dibuat secara tunai / kad kredit (dibayar di kaunter Unit Hasil Lobi Utama HCTM PPUKM pada waktu bekerja) atau menggunakan cek / wang pos atas nama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

CARA PERMOHONAN

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu:

  1. Datang terus ke Kaunter Unit Laporan Perubatan; atau
  2. Melalui pos dengan menggunakan alamat di bawah:

Unit Laporan Perubatan
Jabatan Maklumat Kesihatan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur
(u/p: En. Mohamad Ramadhan Mohd Ghaus)

WAKTU BERURUSAN DI KAUNTER LAPORAN PERUBATAN

Isnin – Khamis : 08:00 pagi – 01:00 petang dan 02:00 petang – 05:00 petang
Jumaat : 8:00pagi – 12:15 tengahari dan 2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu – Ahad : Tutup

Pertanyaan lanjut mengenai laporan perubatan, sila hubungi Unit Laporan Perubatan di 03-9145 7779, 5685, 8586, 8203

LAIN-LAIN MAKLUMAT

  1. Tempoh penyediaan laporan perubatan adalah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan yang lengkap berserta bayaran diterima dan didaftarkan. Tempoh masa yang lebih panjang diperlukan untuk permohonan yang melibatkan lebih daripada satu disiplin/kepakaran.
  2. Pengecualian Bayaran meliputi permohonan dari Polis, Jabatan Kerajaan dan badan berkanun (untuk tujuan pentadbiran), dan Biro Bantuan Guaman.