MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PPUKM SESI 2017/2018

PENGENALAN

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diwujudkan sebagai satu saluran dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi serta tertakluk kepada bidang dan fungsi Majlis. Ahli-ahli MBJ terdiri daripada Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja yang dipilih secara pencalonan dan undian dari kalangan Kakitangan Akademik, Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik), Kumpulan Sokongan Gred 29-40, Gred 19-28 dan Gred 11-18. Pelantikan Pihak Pekerja dalam MBJ telah dibuat pada Mac 2017.

MESYUARAT MBJ

Mesyuarat MBJ dijalankan sebanyak empat (4) kali setahun. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 3 April 2017. Sekiranya terdapat isu yang hendak dibawa ke Mesyuarat MBJ PPUKM, kakitangan boleh menghubungi Wakil Pihak Pekerja atau menghubungi pihak Urus Setia MBJ disambungan 5102/8221 Jabatan Pentadbiran Am.

SENARAI NAMA AHLI MBJ

 

' .