Penyataan Kualiti

FALSAFAH
Panduan antara iman kepada ALLAH dan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti.

WAWASAN

Hospital UKM bertekad menjadi sebuah hospital pengajar yang terpilih dan terkehadapan menerusi pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan perubatan, kesihatan dengan kakitangan yang kompeten dan kemudahan terkini.

MISI

Hospital UKM bertekad untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan di samping menyediakan kakitangan yang berkemahiran dan kemudahan perubatan yang moden, canggih dan kos efektif.

DASAR KUALITI

Hospital UKM adalah komited dalam memberikan perkhidmatan yang beretika, selamat dan meyakinkan serta mematuhi perundangan demi memenuhi kepuasan pelanggan dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dengan konsep penambahbaikan berterusan dan semangat kerja berpasukan.