PROGRAM – Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Tulang PPUKM dan Majlis Pelancaran Sistem Imbasan Tulang DXA

Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Tulang PPUKM dan Majlis Pelancaran Sistem Imbasan Tulang DXA telah diadakan pada 20 Oktober 2016 (Khamis) bertempat di Lobi Utama, HCTM PPUKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, wakil Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM.

Hari Osteoporosis Sedunia adalah acara tahunan yang disambut pada setiap 20 Oktober yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kesihatan tulang dan osteoporosis iaitu penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan risiko kepatahan tulang. Diagnosis penyakit ini boleh diukur dengan mesin duel-energy X-ray absorptiometry (DEXA). Kumpulan Penyelidik Metabolisme Tulang UKM telah berjaya diperoleh mesin ini bagi tujuan penyelidikan klinikal dan praklinikal untuk memahami kesihatan tulang dengan lebih mendalam dan seterusnya menangani masalah penyakit tulang.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan ketumpatan tulang iaitu membenarkan individu berisiko mengambil langkah awal menjaga kesihatan tulang dan pameran kesihatan tulang untuk mendidik orang ramai menjaga kesihatan tulang dari segi senaman, makanan, dan kegiatan harian.