PROGRAM – Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 telah diadakan pada 6 April 2017 bertempat di Lobi Utama, HCTM PPUKM. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Alergi, Jabatan Otorinolaringologi HCTM PPUKM dengan kerjasama rakan industri, Syarikat MENARINI. Majlis yang bermula pada 9.00 pagi telah dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM  YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman.

Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 ini dibuat bagi menyambut Minggu Alergi Sedunia yang diadakan pada bulan April setiap tahun oleh Organisasi Alergi Sedunia. Pada tahun ini, minggu alergi disambut pada 2-8 April 2017 dengan bertemakan “The Agony of Hives – What to do when hives and swelling don’t go away”.

Matlamat Hari Alergi Sedunia HCTM PPUKM adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pesakit-pesakit dan orang awam yang hadir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengenai alahan dan rawatannya. Makluamt disampaikan melalui ceramah, pameran, dan  saringan alahan. Saringan alahan yang dijalankan pada sambutan ini adalah percuma dan dijalankan dengan menjawab soal selidik dan ‘Skin Prick Test’. Orang awam yang mempunyai alahan tetapi belum mendapat rawatan akan segera dirujuk ke klinik berkenaan.