JAWATAN KOSONG: PEGAWAI PERUBATAN – GRED VK7

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM mempelawa kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perubatan Gred VK7 di hospital ini dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Selain warga UKM, jawatan ini juga dibuka kepada Pegawai Perubatan Gred UD53/UD54 dan Pegawai Perubatan Gred UD55/UD56 daripada Sektor Kerajaan dan Badan Berkanun.
Permohonan bagi jawatan lantikan baru dan kenaikan pangkat adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 April 2018 (Isnin).

Sila muat turun maklumat lanjut: Iklan Pegawai Perubatan Gred Jusa VK7