Program : KEMPEN LARIAN AMAL NURSE’S FIT RUN

Pusat Perubatan UKM telah mengadakan aktiviti Larian Amal: Nurse’s Fit Run pada 14 April 2018 yang lalu dengan menyasarkan semua warga Pusat Perubatan UKM khasnya dari pelbagai peringkat umur. Larian amal ini juga dilaksanakan sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei 2018 di peringkat antarabangsa. Disamping itu, aktiviti ini juga bertujuan bagi mengutip dana untuk Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2018 peringkat PPUKM bagi meraikan para jururawat dan menggalakkan komuniti khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM di Foyer Bangunan UMBI. Sebanyak 432 penyertaan terdiri daripada jururawat PPUKM dan kakitangan Pusat Perubatan UKM serta orang awam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara berjalan beramai-ramai sejauh 2.6 km, senamrobik, jualan carboot. dan senaman zumba.