PROGRAM – HARI KESIHATAN USUS & HATI 2017

12 Januari 2017 – Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM PPUKM menganjurkan Hari Kesihatan Usus dan Hati 2017 bermula jam 9.00 pagi di Lobi Utama HCTM PPUKM. Program telah dirasmikan YBhg. Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh wakil Dekan dan Pengarah HCTM PPUKM.  Penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pesakit dan orang awam dalam aspek kesihatan usus dan hati. Usus dan hati atau “Digestive Health” merupakan salah satu cabang utama dalam kesihatan namun kerap diabaikan. Orang awam yang hadir berpeluang membuat saringan kesihatan, melihat poster pameran dan mendengar ceramah berkaitan. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah ‘Fatty Liver Disease Talk’ oleh Prof. Madya Dr Ngiu Chai Soon, Perkenalan kepada Hepatitis B dan C oleh Dr Thevaraajan Jayaraman dan Saringan cancer usus Besar – perlu atau tidak? disampaikan oleh Dr Wong Zhiqin.