Tahniah – Profesor Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid atas pelantikan sebagai Presiden Asian Surgical Association bagi tahun 2019-2021 menggantikan Prof. Tadatoshi Takayama dari Jepun. Asian Surgical Association diasaskan di Hong Kong pada tahun 1968 oleh Prof. Tan Sri Guan Bee Ong bagi meningkatkan kolaborasi pakar-pakar bedah di Asia dan mengembangkan ilmu pembedahan.

YBhg. Prof. Dato` Dr. Hanafiah Harunarashid merupakan:

  • pakar perunding pembedahan dibidang pembedahan vaskular.
  • Mantan Presiden College of Surgeons Malaysia, Penasihat Antarabangsa Royal College of Surgeons of Edinburgh dan juga terpilih menjadi ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dalam pemilihan pada 27 Julai 2019.
  • rakyat Malaysia yang pertama dianugerahkan Felo Kehormat dari College of Surgeons of Indonesia.

Fellowship tersebut merupakan anugerah fellowship ke sembilan beliau daripada institusi pembedahan ternama dan antarabangsa.