Tahniah – YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah UKM

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah UKM yang telah menerima anugerah “ASEAN PRIZE 2019” sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-35. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha dalam Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-35 dihadiri oleh kesemua 10 pemimpin negara anggota ASEAN di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, Bangkok, Thailand pada 3 November 2019.

“ASEAN PRIZE 2019” adalah anugerah berprestij di rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Tan Sri Dr. Jemilah merupakan penerima kedua sejak anugerah berkenaan diperkenalkan pada tahun lepas, sekaligus menjadi penerima anugerah pertama dari Malaysia. Tan Sri Dr. Jemilah dipilih berdasarkan peranan beliau dalam pelbagai misi kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN. Beliau menerima trofi ASEAN PRIZE berserta wang tunai USD 20,000.

Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz merakamkan jutaan tahniah di atas penganugerahan ini.

Pihak Pengurusan HCTM
4 November 2019