Panduan Asas Pesakit Luar

Perkhidmatan Pesakit Luar

Perkhidmatan perawatan pesakit luar akan diberikan di

  1. Klinik-Klinik Pakar
  2. Jabatan Perubatan Kecemasan
  3. Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (JPPP)
  4. Pusat Jagaan Harian
  5. Pusat Perubatan Primer di Bandar Tasik Permaisuri.

Semua kes-kes rujukan perlu mempunyai surat rujukan dari klinik atau hospital luar.

Klinik-Klinik Pakar

  • Klinik Pakar beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Temujanji akan ditetapkan di klinik-klinik pakar yang terdapat di HCTM, PPUKM dan pesakit yang telah diberikan temujanji hendaklah hadir pada hari dan waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Temujanji biasanya diperlukan untuk rawatan susulan.

Jabatan Perubatan Kecemasan (JPE)

  • JPE beroperasi 24 jam dengan menyediakan perkhidmatan perawatan kepada pesakit yang mengalami kecederaan, kemalangan dan masalah akut perubatan yang memerlukan rawatan kecemasan bagi tujuan menyelamatkan nyawa.

Pusat Jagaan harian

  • Pusat jagaan harian pelbagai disiplin disediakan mulai 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
  • Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    1. Endoskopi
    2. Hemodialisis
    3. Jagaan Harian Onkologi
    4. Jagaan Harian Perubatan
    5. Jagaan Harian Surgeri
    6. Jagaan Harian Psikiatri
    7. Jagaan Harian Obstetrik dan Ginekologi
    8. Jagaan Harian Pusat Talasemia
    9. Klinik Stoma dan Luka
    10. Pusat Perkembangan Kanak-kanak (Child Development Centre)
  • Perkhidmatan merangkumi pemerhatian, pemulihan, anestesia setempat dan umum serta pembedahan atau prosedur khusus.
  • Pesakit akan dinilai oleh Pakar / Pegawai Perubatan di Klinik Pakar sebelum temujanji diberikan bagi kemasukan ke Jagaan Harian Surgeri.
  • Semua kes-kes yang memerlukan pembiusan perlu menjalani pembedahan pada awal pagi supaya pesakit dapat pulang pada waktu petang. Bagi pesakit yang mempunyai masalah tertentu mereka akan dimasukkan ke wad yang berkaitan.

Klinik Warga disediakan untuk kakitangan UKM dan tanggungan sahaja.