Panduan permohonan Rumah Perantaraan

Pengenalan

Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan PPUKM adalah merupakan penginapan sementara bagi pesakit atau pengiring pesakit yang datang dari seluruh pelusuk tanahair. Mula beroperasi pada tahun 1999. Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan PPUKM telah memberi kemudahan bagi rujukan kemasukan yang diterima daripada wad dan klinik. Kemudahan Rumah Perantaraan adalah dikhususkan kepada pesakit atau pengiring pesakit yang tidak mempunyai keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang tinggal berhampiran PPUKM dan memberi keutamaan kepada pesakit atau pengiring pesakit dari wad-wad selain dari Wad Pediatrik.

Objektif

  • Menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pesakit dan pengiring pesakit yang datang dari luar Lembah Klang dan tiada saudara mara yang tinggal berhampiran PPUKM.
  • Menyediakan kemudahan penginapan bagi pesakit atau pengiring pesakit yang memerlukan rawatan jangkamasa panjang
  • Membantu pesakit atau pengiring yang tidak berkemampuan untuk menyewakan penginapan di sekitar PPUKM.
  • Menyediakan penginapan untuk pesakit yang memerlukan rawatan berterusan tetapi tidak perlu tinggal di dalam wad

Syarat-syarat Kemasukan

  • Pesakit atau pengiring pesakit hendaklah dirujuk oleh pakar atau pegawai perubatan yang merawat kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan
  • Pesakit mestilah seorang yang sedang menerima rawatan di PPUKM.
  • Pesakit atau pengiring pesakit mestilah yang datang dari luar Lembah Klang dan tidak mempunyai sanak-saudara atau rakan untuk menumpang semasa menerima rawatan di PPUKM

Untuk keterangan lanjut

Pn.Norazuni Saharuddin
03-9145 5777/5761/7880
Waktu bekerja 8.00 pagi – 5.00 petang